Mahkamah Rayuan akan mendengar kes rayuan saya terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang dibuat pada 11 Mei lepas.
Seperti yang saya katakan, sebagai seorang yang menghormati kedaulatan undang-undang, saya akan menerima keputusan berkenaan.
Bagaimanapun, saya ingin menarik perhatian tentang beberapa perkara yang berlaku sepanjang dua minggu ini.
Selepas posting saya yang terakhir, muncul tuduhan mengatakan saya menyamakan diri saya dengan Mahatma Ghandi dan Nelson Mandela. Tidak pernah terlintas dalam fikiran saya untuk menyamakan diri saya dengan dua tokoh besar itu.
Posting saya telah diputar-belitkan oleh beberapa individu untuk kepentingan satu pihak yang lain. Jika diamati betul-betul tidak ada satu patah perkataan pun dalam posting itu yang menyatakan saya sehebat dua tokoh berkenaan.
Ini adalah contoh taktik dan strategi pembangkang untuk memburuk-burukkan saingan politik mereka. Fitnah serta “putar-belit” adalah cara pembangkang supaya rakyat benci kepada UMNO dan Barisan Nasional. Ini bukanlah fenomena baru.
Kedua, ialah tuduhan mengatakan saya dan BN menggunakan mahkamah bagi tujuan untuk berkuasa. Jika dilihat betul-betul, pakatan pembangkanglah yang cuba merampas kuasa menggunakan institusi mahkamah.
Ia berlaku apabila Nizar Jamaluddin dan pakatan pembangkang hilang majoriti di Dewan Undangan Negeri dan dilucutkan jawatan sebagai Menteri Besar. Nizar membawa perkara ini ke mahkamah. Jadi tuduhan mengatakan Barisan Nasional cuba menggunakan mahkamah untuk terus berkuasa tidak timbul.
Sebaliknya pakatan pembangkanglah yang menggunakan mahkamah.
Tuduhan ini dijaja merata-rata dalam ceramah dan blog-blog tertentu. Selain itu Barisan juga dituduh sebagai “perampas kuasa”.
Soalnya, adakah logik bagi pihak yang mempunyai majoriti dituduh sebagai perampas kuasa? Barisan Nasional mempunyai 31 sokongan dalam DUN (28 kerusi dan tiga Adun bebas). Adalah tidak perlu Barisan Nasional merampas kuasa kerana mempunyai sokongan majoriti.
Bagaimanapun, pakatan tidak dapat menerima kenyataan dan terus-menerus mengadakan serangan menuduh saya serta BN sebagai perampas dan perompak. Pada hakikatnya merekalah yang cuba merampas dan merompak kuasa. Bukan BN!
Salam perjuangan.
Ali Biju silap langkah, GPS tetap jadi pilihan
-
Keputusan Ali Biju yang tetap dengan pendiriannya tidak mahu ‘melompat’ ke
Parti Demokratik Progresif (PDP) sebelum ini dan berpegang serta bergantung
k...
2 tahun yang lalu
Zambry the best
BalasPadamARKIB : 29/03/2008
BalasPadamAkar umbi mahu pembelaan UMNO
Oleh Azman Anuar (WARTAWAN UTUSAN)
Pemerhati politik, Shaiful Bahri Saidin yang mengirimkan e-mel kepada penulis menggesa seluruh kepimpinan UMNO yang pintar dan cerdik wajib turun ke bawah bertemu akar umbi dengan segera. Perasaan ahli akar umbi parti itu bergelodak membara memikirkan arah mana perjuangan UMNO hari ini.
“Parti keramat UMNO bukan hanya untuk segelintir ahli sahaja. UMNO bukan platform untuk para pemimpinnya beradu tenaga dan berdebat untuk tampilkan siapa lebih hebat. Fikirkanlah harapan berjuta ahli UMNO masa kini yang teramat kecewa dengan suasana politik orang Melayu yang semakin keliru, serabut dan menyakitkan hati,” tulis Shaiful Bahri yang penulis kenali sejak di bangku sekolah menengah lagi.
Setelah lebih tiga minggu tamatnya pilihan raya yang paling mengecewakan, ahli UMNO di peringkat akar umbi dan juga penyokong setia UMNO tetap mahu UMNO diperkasakan semula.
Buang yang keruh ambil yang jernih.
Terimalah hakikat bahawa UMNO kini tidak popular di kalangan orang Melayu.