tengok bola disini


Rakan seperjuangan

SAPA NAK HUBUNGI ANWAR

SAPA NAK HUBUNGI ANWAR

LU ORANG PIKIRKAN LA

LU ORANG PIKIRKAN LA

INI LAH PEROSAK BANGSA

INI LAH PEROSAK BANGSA

SAMA TAK?

SAMA TAK?

PEROSAK BANGSA

PEROSAK BANGSA

Rabu, 20 Mei 2009

MEREKA GANTUNG KERANA NAK TUTUP MULUT SAYA

Mereka ingat saya takut dan boleh tutup mulut saya!. Sebaliknya saya akan terus dedah kelemahan dan kepincangan kerajaan campuran PKR, DAP dan PAS di luar sidang Dewan Undangan Negeri Selangor.

Itu reaksi segera Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo ketika dihubungi Agendadaily sebaik sahaja Jawatankuasa Hak dan Keistimewaan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor membuat syor menggantung beliau daripada menghadiri sidang DUN selama setahun.

Tindakan itu diambil ekoran kegagalan mantan Menteri Besar itu menghadiri siasatan Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, kebertanggungjawaban dan Ketelusan (Selcat) Selangor Mac lalu berhubung perbelanjaan dana agensi kerajaan negeri.

Jawatankuasa di DUN itu juga mendakwa Dr Mohamad Khir bersalah terhadap tiga tuduhan membuat kenyataan yang menghina legitimasi Selcat, dalam media dalam dalam blognya.

Ketua Pembangkang itu menjelaskan beliau sudah menjangka tindakan tersebut dan kini menunggu surat Selcat dan akan merujuk perkara itu kepada peguamnya bagi tindakan lanjut.

Beliau menyifatkan tindakan jawantakuasa itu ibarat tidak dapat tanduk telinga dipulas.

“Selama ini mereka berusaha menjatuhkan saya dengan macam-macam tuduhan. Tindakan ini semata-mata untuk mulut saya supaya tidak dapat mendedahkan atau menegur kepincangan kerajaan campuran pembangkang itu,”.

:Jangan anggap tindakan itu menakutkan saya atau akan menutup mulut. Saya akan terus cakap perkara yang tidak betul mereka lakukan,” katanya.

Dr Mohamad Khir berkata, tindakan itu juga usaha menghalang kebebasan bersuara yang kononnya diperjuangkan pembangkang.

Malah beliau juga menganggap hukuman itu jika dilaksanakan kelak lebih kejam daripada Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Katanya, berdasarkan kelulusan undang-undang baru di DUN, kesalahan itu membolehkannya di penjara dan denda.

Kerajaan Selangor sudah meluluskan satu Enakmen yang dipanggil Enakmen Penghinaan Dewan 2008 atara lain dalam Seksyen 3 menyatakan ia boleh membawa hukuman denda tidak melebihi RM3,000 atau penjara tidak melebihi 12 bulan.

Beliau turut kecewa kerana jawatankuasa itu tidak faham tanggungjawab dan tugasnya sebagai Ketua Pembangkang yang ditugaskan menegur dan mengkritik dasar-dasar pentadibran kerajaan negeri yang bercanggah.

Sambil menegaskan tidak akan meraju keputusan itu, Dr Mohamad Khir turut membayangkan akan membawa kes kerkenaan ke mahkamah selepas peguamnya selesai meneliti tindakan jawatankuasa itu.

Syor tindakan itu diumumkan Speaker DUN Selangor, Teng Chang Khim selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa hak dan keistimewaan tersebut di Shah Alam.

Beliau digantung selama setahun daripada menghdiri sidang DUN kerana gagal menghadiri siasatan awam tersebut, dan digantung masing-masing enam bulan bagi setiap tuduhan tersebut.

Kesemua elaun dan keistimewaan yang diterima Dr Mohamad Khir sebagai seorang ADUN, juga digantung.

Jawatankuasa itu juga menggantung empat lagi ADUN BN Warno Dogol (Sabak), Isa Abdul Kasim (Batang Kali), Marsum Paing (Dengkil) dan Mohamad Idris Abu Bakar (Hulu Bernam) selama enam bulan kerana mempersoalkan integriti Selcat.

Elaun dan keistimewaan mereka juga turut digantung sepanjang tempoh hukuman tersebut.

Syor tersebut akan dibentang di sidang DUN Julai depan untuk dibahas dan setiap wakil rakyat termasuk Dr Mohamad Khir akan diberi peluang membahaskannya.

Dalam siasatan Selcat selama lapan hari Mac lalu, para saksi memberi keterangan bahawa berjuta-juta ringgit dana syarikat pelaburan kerajaan negeri, telah disalahguna oleh Balkis - Badan Kebajikan dan Amal Isteri Wakil-wakil Rakyat BN Selangor.

Pengerusi Balkis ialah Datin Seri Zaharah Kechik, isteri kepada Dr Mohamad Khir.

Dr Mohamad Khir dijangka mengadakan sidang media Rabu berhubung tindakan lanjut mengenai syor penggantungan itu

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SILA ULAS APA YANG ANDA BACA

SOKONGISA4.png (400×386)

PERDANA MENTERI MALAYSIA

PERDANA MENTERI MALAYSIA
YAB DATO SERI NAJIB TUN ABDUL RAZAK

Timbalan Perdana Menteri

TIMBALAN PERDANA MENTERI MALAYSIA

NEGARAWAN TERULUNG

NEGARAWAN TERULUNG

ShoutMix chat widget

CHATROLL KAMALFARSYA

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

Jumlah Paparan Halaman

BLOG SARAWAK

BLOG PEMBANGKANG

Catatan Popular


SABDA HADIS

Rasullullah S.A.W. bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya apabila seorang manusia itu melaknat sesuatu, maka laknatnya itu akan naik ke langit lalu pintu akan ditutup supaya ia tidak dapat naik. Kemudian laknat itu akan turun ke bumi lalu pintu bumi tertutup dari dimasuki. Laknat itu mencari jalan kiri dan kanan lalu ia tidak menjumpai jalan haluan. Lalu laknat itu kembali kepada orang yang dilaknat, sekiranya orang itu memang layak dilaknat maka laknat itu akan terkena padanya. Sekiranya dia bukan ahli yang layak menerima laknat maka laknat itu akan kembali kepada orang yang melaknat itu semula." Riwayat Abu Daud

Huraian

1. Maksud laknat itu ialah jauh daripada rahmat Alllah S.W.T. kerana kemurkaanNya.
moh ikut, jangan perlekehkan.

MARI MEMBACA AL QURAN

CELIK AL-QURAN
Kepada kaum Muslimin & Muslimat, yg ingin belajar mengaji atau mendalami tajwid secara percuma, sila klik disini, insyaallah semoga kita semua menjadi umat Islam yg celik AlQuran serta diberkati oleh Allah

AsmaulHusna

Photobucket

JANGAN MEMBERI (LAPORKAN)

JANGAN MEMBERI (LAPORKAN)
JANGAN TERIMA (LAPORKAN)

Bank islam online

ZAKAT

ZAKAT
bayar secara online

KIBAR JALUR GEMILANG

Berkibarlah dikau di bumi bertuah

NEGARA MALAYSIA

YANG JAUH DAN DEKAT SINGGAH