Nizar MB(HARAM)hari ini mengemukakan permohonan bagi mendapatkan panel lima hakim Mahkamah Rayuan untuk mendengar permohonannya mengetepikan keputusan mahkamah itu minggu lepas yang membenarkan penangguhan pengisytiharan Mahkamah Tinggi bahawa beliau adalah Menteri Besar Perak yang sah.
Nizar boleh mohon berapa saja hakim yang akan mendengar permohonannya.Tapi percayalah orang yang sering menipu rakyat dan tidak mendapat perkenan Sultan tidak akan menang walau dengan 10 hakim sekali pun yang akan mendengarnya.
Sultan sebagai Ketua bagi seluruh jajahan Negeri Perak telah sedia maklum yang MB Nya telah kehilangan majoriti dari sokongan ADUN negeri Perak.Dan sebagai Ketua Jajahan bagi seluruh negeri Perak Baginda telah meminta semua yang terlibat untuk mengadap untuk Tuanku ketahui keadaan yang sebenar.Setelah Baginda ketahui yang MB Nizar sudah tidak mendapat kepercayaan dari sebahagian AdunAdun dan kehilangan majoriti untuk pertahankan kerajaannya maka dengan kuasa yang ada dalam perlembagaan Negeri Perak Baginda dengan Itu telah melantik MB yang baru untuk menggantikan Nizar yang sudah hilang kelayakan .
Untuk pengetahuan Nizar Prosiding undi tak percaya dalam sidang Dun bukanlah satu satunya prosiding yang boleh diterima pakai didalam mahkamah.Baginda sebagai Ketua Jajahan seluruh negeri Perak yang sudah maklum kehilangan sokongan Nizar telah memaklumkan dengan kenyataan rasmi dan maka dengan itu wajar Baginda selaku Ketua Negeri Perak melantik seorang MB yang Baginda fikir layak untuk menjawat kerusi MB berkenaan.
Jadi tidak munasabah dan tidak wajar Nizar mempertikaikan kuasa Sultan dalam menentukan perlantikan MB yang sah dalam perlembagaan negeri Perak.sekali lagi nak ulang pada Nizar ,Sultan sebagai ketua negeri mempunyai hak untuk melantik dan melucutkan jawatan MB yang Baginda rasa mampu untuk mentadbir negeri dengan baik.
umno penakut..
BalasPadamsiapa yang kencing siapa?
BalasPadamMencabuli perlembagaan perak seperti mencabuli perlembagaan yang sedia ada di Malaysia kini. Kuasa Sultan tidak boleh di pertikai, seperti mana juga perlembagaan. Jika perlembagaan boleh di langgar sesuka hati, perlembagaan akan hilang sebagai kuasa tertinggi di negeri dan negara ini.
BalasPadam