tengok bola disini


Rakan seperjuangan

SAPA NAK HUBUNGI ANWAR

SAPA NAK HUBUNGI ANWAR

LU ORANG PIKIRKAN LA

LU ORANG PIKIRKAN LA

INI LAH PEROSAK BANGSA

INI LAH PEROSAK BANGSA

SAMA TAK?

SAMA TAK?

PEROSAK BANGSA

PEROSAK BANGSA

Isnin, 18 Mei 2009

UMNO PENANTI:UMNO TIDAK AKAN BERI LALUAN PERCUMA DI PENANTI

Samaada BN akan bertanding atau tidak ianya akan diputuskan oleh mesyuarat Majlis Tertinggi di Putrajaya hari ini.Kemungkinan BN tidak akan bertanding timbul selepas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dilaporkan berkata pilihan raya kecil yang tidak perlu adalah sesuatu yang membuang masa dan wang awam.

Penganalisis politik dan sumber dalaman parti melihat kenyataan ini sebagai tanda bahawa kepimpinan tertinggi BN mungkin menimbangkan untuk tidak bertanding kerana ia juga perlu mengambil kira kejerihan orang ramai terhadap perbalahan politik dalam negara.

Saya secara peribadi bersetuju dengan langkah untuk tidak bertanding kerana pilihan raya kecil akan hanya melencongkan perhatian dan masa, yang seharusnya ditumpukan kepada perkara yang lebih mendesak seperti isu berkaitan ekonomi.Dengan tidak bertanding, BN dapat mengelak daripada terjerumus dalam perangkap Anwar Ibrahim, kerana semua tahu bahawa dia memang merancang untuk mengadakan banyak pilihan raya kecil bagi menilai kekuatannya .

Memandangkan Penanti adalah kubu kuat PKR, Umno merasakan bahawa perletakan jawatan Fairuz adalah sebahagian daripada strategi kempen politik oleh PKR bagi meraih lebih banyak perhatian.Sekiranya BN memutuskan untuk tidak bertanding, satu-satunya masalah yang perlu ditanganinya ialah di peringkat akar umbi, terutama membabitkan penyokong yang ingin sangat untuk bertanding apabila ada saja pilihan raya kecil.DSN perlu meyakinkan penyokong BN bahawa keputusan untuk tidak bertanding adalah langkah yang bijak dan terbaik.

Beberapa pemimpin BN berkata sekiranya BN tidak bertanding dalam pilihan raya kecil ini, ia bukanlah kali pertama dalam sejarah bagi BN berbuat demikian.Pada tahun 1975, BN pernah tidak bertanding dalam pilihan raya kecil Menglembu.Pilihan raya itu diadakan selepas Anggota Parlimen Fan Yew Teng dari DAP disabit dengan kesalahan berkaitan Akta Hasutan pada 13 Januari di Mahkamah Tinggi, di mana selain didenda RM2,000 atau enam bulan penjara, Fan turut dilucut daripada status beliau sebagai Anggota Parlimen.

Tapi biar apa pun keputusan mesyuarat Majlis Tertinggi BN hari ini, Umno Pulau Pinang sudah bersedia dan sudah ada calon yang sesuai sekiranya Umno memutuskan ingin bertanding.Umno Permatang Pauh telah mencalonkan seorang seorang peguam, Rohaizat Othman yang dilihat adalah calon pilihan utama sekiranya mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) esok membuat keputusan untuk bertanding dalam Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti, 31 Mei ini.

Setiausaha UMNO Bahagian Permatang Pauh itu menjadi pilihan kerana dianggap paling layak menentang calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr. Mansor Othman, 56, yang merupakan bekas Prof. Madya di Pusat Penyelidikan Dasar Universiti Sains Malaysia (USM).Rohaizat, 38, adalah seorang profesional dan mempunyai asas pengetahuan agama kerana pernah menuntut di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan Sekolah Menengah Agama Al-Mashoor Pulau Pinang.

Selain itu, dua lagi nama yang dikatakan turut diserahkan untuk pertimbangan kepimpinan tertinggi BN ialah Ketua UMNO Bahagian Permatang Pauh, Datuk Abdul Jalil Abdul Majid dan timbalannya, Datuk Nasir Abdullah - kedua-duanya ahli perniagaan.

Bayang bayang Umno akan bertanding terlerai bila Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, calon BN yang akan bertanding di Penanti adalah merupakan anak tempatan di kawasan berkenaan.Zahid yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang menjelaskan, calon berkenaan juga adalah pemimpin tempatan, seorang profesional, berusia muda dan boleh diterima oleh kalangan masyarakat tanpa mengira umur.Siapakah calon itu? Dia dekat di hati saya dan pastinya lebih muda usianya daripada saya," katanya pada sidang akhbar selepas menemui masyarakat Siam di Kampung Telok Wang, Penanti.

UNTUK RAKYAT PENANTI,ANDAIKATA UMNO BERTANDING,UMNO AKAN TUNAIKAN HASRAT RAKYAT PENANTI YANG MAHU SEORANG WAKIL RAKYAT YANG MAHU BERSAMA RAKYAT ,RAKYAT SERIK MEMPUNYAI SEORANG WAKIL RAKYAT YANG HANYA MEMENTINGKAN DIRI SENDIRI DARI MEMBELA RAKYAT....KITA RENUNG RENUNG KAN LA...LU PIKIR LA SENDIRI....

1 ulasan:

  1. pegi mampus sama ko umno..klu berani lawan la..

    BalasPadam

SILA ULAS APA YANG ANDA BACA

SOKONGISA4.png (400×386)

PERDANA MENTERI MALAYSIA

PERDANA MENTERI MALAYSIA
YAB DATO SERI NAJIB TUN ABDUL RAZAK

Timbalan Perdana Menteri

TIMBALAN PERDANA MENTERI MALAYSIA

NEGARAWAN TERULUNG

NEGARAWAN TERULUNG

ShoutMix chat widget

CHATROLL KAMALFARSYA

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

Jumlah Paparan Halaman

BLOG SARAWAK

BLOG PEMBANGKANG

Catatan Popular


SABDA HADIS

Rasullullah S.A.W. bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya apabila seorang manusia itu melaknat sesuatu, maka laknatnya itu akan naik ke langit lalu pintu akan ditutup supaya ia tidak dapat naik. Kemudian laknat itu akan turun ke bumi lalu pintu bumi tertutup dari dimasuki. Laknat itu mencari jalan kiri dan kanan lalu ia tidak menjumpai jalan haluan. Lalu laknat itu kembali kepada orang yang dilaknat, sekiranya orang itu memang layak dilaknat maka laknat itu akan terkena padanya. Sekiranya dia bukan ahli yang layak menerima laknat maka laknat itu akan kembali kepada orang yang melaknat itu semula." Riwayat Abu Daud

Huraian

1. Maksud laknat itu ialah jauh daripada rahmat Alllah S.W.T. kerana kemurkaanNya.
moh ikut, jangan perlekehkan.

MARI MEMBACA AL QURAN

CELIK AL-QURAN
Kepada kaum Muslimin & Muslimat, yg ingin belajar mengaji atau mendalami tajwid secara percuma, sila klik disini, insyaallah semoga kita semua menjadi umat Islam yg celik AlQuran serta diberkati oleh Allah

AsmaulHusna

Photobucket

JANGAN MEMBERI (LAPORKAN)

JANGAN MEMBERI (LAPORKAN)
JANGAN TERIMA (LAPORKAN)

Bank islam online

ZAKAT

ZAKAT
bayar secara online

KIBAR JALUR GEMILANG

Berkibarlah dikau di bumi bertuah

NEGARA MALAYSIA

YANG JAUH DAN DEKAT SINGGAH