Siapa yang menjadi pilihan untuk menjawat MB Perak akan diputuskan hari ini.Mahkamah Rayuan akan mendengar Rayuan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pangkor, Datuk Zambry Abdul Kadir terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang mengisytiharkan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak yang sah. Mahkamah sama juga akan mendengar permohonan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin bagi mengetepikan keputusan Mahkamah Rayuan yang membenarkan penangguhan pelaksanaan keputusan Mahkamah Tinggi itu.
Bagi Umno apa sahaja keputusan Mahkamah harus dihormati.Andaikata tewas Umno tidak kecewa kerana pada hakikatnya BN mempunyai suara majoriti dalam Dun Perak.Tapi seandainya Nizar tewas Nizar harus terimanya dengan hati yang terbuka tanpa cuba untuk mempertikaikan keputusan Mahkamah.
Seandainya Zambry berjaya maka tertegaklah kerajaan yang telah mendapat kepercayaan Sultan dan sokongan rakyat kerana sebagai ketua Negeri yang mendapat sokongan majoriti Dun sudah sewajarnya Zambry layak untuk menerajui Negeri tanpa ada gangguan dari Nizar dan sekutunya.
Bagi Nizar Diharapkan sedia menerima hakikat kerana Sultan Azlan Shah sudah mengamalkan prinsip dan semangat demokrasi sama ketika melantik Menteri Besar daripada pembangkang dan juga BN.
Prinsip demokrasi berperwakilan inilah yang harus difahami Pakatan Rakyat. Apabila sesuatu parti memiliki sokongan majoriti, maka parti itulah yang memerintah. Apakah pakatan pembangkang lupa bahawa ketika mahu membentuk kerajaan negeri Perak sebelum ini mereka juga mempunyai majoriti tiga kerusi.
Nizar tidak seharusnya terus memburu kedudukan Menteri Besar padahal ia bukan lagi miliknya mengikut formula dan prinsip demokrasi. Apa cacatnya Nizar menjadi pembangkang di DUN Perak jika itulah kedudukannya.Nizar nampaknya lebih memperlihatkan keengganannya menerima realiti demokrasi dan proses perundangan negara. Apalah yang boleh Pas lakukan dalam memperjuangkan Islam sekiranya hanya beberapa kerat saja pemimpin Pas (enam kerusi) sementara sebilangan besarnya adalah dikuasai DAP (17 kerusi) dan PKR lima kerusi selepas dua ahlinya menjadi bebas.
SEMOGA HARI INI AKAN MELENYAPKAN PEMIMPIN YANG HIPOKRIT...AKAN LENYAP PEMIMPIN PENDERHAKA...AKAN HILANG PEMIMPIN YANG MENGHANCURKAN PERAK...RAKYAT HANYA MAHU PEMIMPIN YANG ADA WAWASAN UNTUK MEMAJUKAN ANAK ANAK BANGSA.
KITA RENUNG RENUNG KAN LA....LU PIKIR LA SENDIRI
Ali Biju silap langkah, GPS tetap jadi pilihan
-
Keputusan Ali Biju yang tetap dengan pendiriannya tidak mahu ‘melompat’ ke
Parti Demokratik Progresif (PDP) sebelum ini dan berpegang serta bergantung
k...
2 tahun yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
SILA ULAS APA YANG ANDA BACA