Pemimpin PAS sanggup melihat Islam dan Melayu berpecah kerana mereka sangat yakin bahawa PAS boleh menjadi parti alternatif kepada orang-orang Melayu. Pemimpin PAS semakin yakin bahawa kaum Cina dan India mulai menyokong calon PAS. Mengapa mereka perlu bersatu dengan UMNO? Mereka beranggapan UMNO mulai menuju kehancuran atau lubang kubur.
Pandangan yang terlalu awal. Dalam politik pelbagai kemungkinan boleh berlaku. Ada masa naik dan ada masa turun. Ada masa air pasang dan ada masa air surut. Bergantunglah kepada keadaan dan masanya. UMNO mulai membuat beberapa perubahan bagi mengembalikan keyakinan rakyat. Pemimpin-pemimpin MT UMNO yang dipilih melalui Persidangan Agung UMNO kebanyakan pemimpin yang berani bercakap, berpendirian tegas, berwibawa dan bersih. PM, DS Najib telah melantik Menteri dan Timbalan Menteri dari kalangan pemimpin UMNO yang bersih dan berkemampuan memberi sumbangan kepada rakyat dan negara. Beberapa dasar telah mengalami perubahan dan pembaharuan. Majlis perasmian yang bakal dihadiri oleh pemimpin kerajaan diringkaskan kerana lebih masa ditumpukan kepada perkhidmatan kepada rakyat. Sesuai dengan cogan kata di bawah pentadbiran DS Najib iaitu "Rakyat Didahulukan dan Pencapaian Diutamakan". Jika UMNO dan BN mendapat restu rakyat pada masa akan datang bermakna Melayu terus berpecah.
Oleh itu pemimpin PAS mahu pun UMNO tidak perlu mendabik dada mengatakan parti masing-masing kuat. Sebenarnya NGOs dan orang Melayu tidak rela melihat bangsa Melayu semakin menuju kehancuran. Apakah Islam boleh terus berkembang maju jika bangsa Melayu hancur? Perjuangan Islam PAS sebenarnya samalah jua dengan perjuangan UMNO. Cuma pendekatan PAS dan UMNO mungkin sedikit berbeda dan apakah perbedaan itu tidak memungkinkan UMNO dan PAS bersatu kerana Allah. Jika PAS boleh menerima DAP sebagai rakan dalam pakatan, mengapa PAS tidak boleh menerima UMNO sebagai pakatan dalam perjuangan membela nasib bangsa Melayu dan Islam?
Sebagai seorang Melayu yang prihatin dengan situasi politik terkini, saya berasa amat risau. Risau melihatkan betapa Melayu kini tidak lagi segan silu menggadai maruah bangsa dan agama semata-mata untuk beroleh kemenangan. Melihatkan ADUN Pantai Remis membaca surah yang menurut beliau Surah Aura, yang tidak pernah wujud pun di dalam al-Quran, dan dengan bacaan yang sama sekali salah dan memalukan dalam satu majlis kempen di Bukit Gantang, begitu memilukan hati. Pilu apabila tiada seorang pun ahli Pas yang tampil untuk membetulkan kesalahan ADUN DAP itu sebaliknya bertepuk tangan tanda gembira kalam Allah dipermainkan.
Pemimpin pakatan pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim pula ketika berkempen di Batang Air tanpa segan silu 'membenarkan' nama Allah digunakan oleh penganut agama lain selain agama Islam. Beliau menegaskan, selama ini larangan wujud kerana UMNO. Sedarkah beliau implikasi yang bakal berlaku? Sedarkah beliau agenda tersembunyi puak Nasrani terhadap penganut Islam di negara ini? Ingin saya bertanya kepada pemimpin Pas dan Anwar Ibrahim, berbaloikah kemenangan dengan menggadaikan agama?
Situasi politik di negara ini pada hemat saya semakin buruk dan membimbangkan. Bukan Melayu semakin berani mempersoalkan hak keistimewaan bangsa Melayu, sesuatu yang jarang berlaku sebelum Pilihan Raya Umum (PRU) ke-12. Malahan kedudukan Islam sebagai agama rasmi juga berani diganyang oleh pihak-pihak tertentu. Malang sekali apabila tindakan ini turut didalangi bangsa Melayu beragama Islam.
Soalan saya, adakah bangsa Melayu Islam sudah bersedia untuk kehilangan hak dan keistimewaan? Isu ini amat membimbangkan saya, apatah lagi melihat rakan pakatan DAP, iaitu Pas, sebagai Parti Islam menikus apabila berhadapan dengan DAP mengenai isu Islam dan hak Melayu.
Kebimbangan saya semakin terbukti apabila melihat kesediaan Datuk Seri Nizar Jamaludin dipergunakan oleh DAP untuk menderhakai Sultan Perak dalam peristiwa hitam baru lalu. Nizar bukan saja dipuji oleh ahli Pas, malah dianggap hero yang memperjuangkan keadilan oleh rakan sekutu mereka, DAP.
Drama di Perak memperlihatkan 'ketaksuban sehingga membutakan mata' orang Melayu yang menyokong pembangkang, sehingga tidak mampu lagi berfikir secara waras, malah hingga sanggup berbaring di tengah jalan.
Saya tertanya-tanya, tidak mampukah mereka mengira berapa ramaikah Exco DAP yang menguasai pentadbiran Perak,dan berapa ramaikah exco Pas? Ternyata, minda mereka tidak mampu lagi berfikir siapa sebenarnya yang menguasai Perak semasa pemerintahan pakatan pembangkang sebelum BN mengambil alih kuasa di Perak dua bulan lalu.
Kekalahan BN di Bukit Gantang dan Bukit Selambau sebenarnya menggambarkan bahawa undi bukan Melayu sentiasa bersatu, kerana mereka jelas dengan matlamat dan agenda mereka. Undi Melayu pula dipecahkan oleh emosi dan kedangkalan pemikiran sesetengah Melayu yang gagal menafsir agenda tersembunyi parti serpihan PAP dari Singapura, DAP, yang sentiasa membayangi Pas dalam kempen di Bukit Gantang.
Jika ada orang Melayu dalam UMNO bersuara mempertahankannya ia digelar macam-macam termasuk 'celaka dan gila' serta sebagainya. Biarpun penghinaan itu adalah ke atas parti induk Melayu yang sebelum ini sudah menaburkan jasa besar dalam memartabatkan orang Melayu, tetapi tidak pemimpin Melayu pembangkang akan membelanya kerana berbeza fahaman politik.Ia bukanlah semata-mata kerana kepentingan politik UMNO tetapi demi bangsa Melayu dan umat Islam. UMNO sudah berjaya membuktikan bahawa biarpun ia bekerjasama dengan parti bukan Melayu tetapi parti-parti berkenaan sentiasa patuh dan bekerjasama dengan penuh semangat persahabatan. Malah UMNO amat dihormati oleh mereka.
Tetapi apakah dalam soal ini Pas juga mendapat penghormatan yang sama daripada DAP? Apakah orang Melayu dalam PKR dibenarkan bebas bersuara mengenai soal-soal kepentingan orang Melayu dan Islam?Oleh itu masanya belum terlambat untuk orang Melayu memikirkan sedalam-dalamnya mengenai ancaman yang sedang menanti mereka. Jangan sampai sokongan yang diberikan kepada sesuatu parti itu kononnya atas semangat kerjasama, akhirnya menyebabkan masa depan orang Melayu tergadai.Akibat daripada permainan politik melampau sesetengah pemimpin Melayu yang tamakkan kuasa, orang Melayu menjadi pelarian di tanah air sendiri. Menang sorak tetapi kampung tergadai.
http://empayar-malaya.blogspot.com/2009/05/kisah-undi-pas-masuk-syurga-sah-pas.html
RENUNG RENUNGKAN LA....LU PIKIR LA SENDIRI.....
Hina besi kerana karat, hina melayu kerana Umno. Alif Min Nun Wau = Sarkas. Bila dah dapat kuasa, pelahap macam kera dapat bunga. Nak menang punya pasal, rasuah menjadi halal. Masih nak mengaku pejuang bangsa? Pooooodah. Lukaq punya parti. Nak minta pinjaman PTPTN kena isi borang Umno? Bapak lu punya duit ka? tal rasa berdosa kat pembayar cukai ka? Tipu budak sekolah rendah boleh la. Tu pun tak tentu boleh tipu anak aku umur 5 tahun.
BalasPadamDah tersepit mula le cari kawan kongsi. Sebelum itu lupa melayu dan islam. Apa yg penting pangkat dan harta. Dulu sanggup kata PAS = Parti Ajaran Sesat. Bukan gitu?.
BalasPadamMesyuarat MB2, MB Kelantan jarang sekali dipanggil. Kelantan selalu di anak tirikan. Wang royalti negeri Trengganu semasa kerajaan PAS memerintah dirampas dan disalurkan pada pemimpin umno negeri atas nama wang ehsan. Busuk punya melayu!!. JKKP ditubuhkan untuk menidakkan peranan JKKK kerajaan negeri. Busuk punya melayu!!. Kerajaan yg sah dipilih rakyat, digodam dan dirampas bersama katak-katak. Busuk punya melayu.
Duit pembayar cukai yakni duit kerajaan macamlah duit umno. Sedar ke?. Busuk punya melayu. Pemimpin-pemimpin umno yg korup atau politik wang masih disokong dan disanjung. Mana kredibiliti orang melayu?. Menyokong pemimpin begini?
Pemimpin tertinggi dikaitkan dengan satu kes besar tetapi tidak bolih dipanggil mahkamah termasuk ADC beliau yg menyuruh hamba2 Allah tersebut membantu razak baginda. Pelik?
Banyak lagi tak tertulis di sini.
Dah tersepit mula le cari kawan kongsi. Sebelum itu lupa melayu dan islam. Apa yg penting pangkat dan harta. Dulu sanggup kata PAS = Parti Ajaran Sesat. Bukan gitu?.
BalasPadamMesyuarat MB2, MB Kelantan jarang sekali dipanggil. Kelantan selalu di anak tirikan. Wang royalti negeri Trengganu semasa kerajaan PAS memerintah dirampas dan disalurkan pada pemimpin umno negeri atas nama wang ehsan. Busuk punya melayu!!. JKKP ditubuhkan untuk menidakkan peranan JKKK kerajaan negeri. Busuk punya melayu!!. Kerajaan yg sah dipilih rakyat, digodam dan dirampas bersama katak-katak. Busuk punya melayu.
Duit pembayar cukai yakni duit kerajaan macamlah duit umno. Sedar ke?. Busuk punya melayu. Pemimpin-pemimpin umno yg korup atau politik wang masih disokong dan disanjung. Mana kredibiliti orang melayu?. Menyokong pemimpin begini?
Pemimpin tertinggi dikaitkan dengan satu kes besar tetapi tidak bolih dipanggil mahkamah termasuk ADC beliau yg menyuruh hamba2 Allah tersebut membantu razak baginda. Pelik?. Olih apa prlu bercakap pasal Islam kalau akhlak jauh sekali.
Banyak lagi tak tertulis di sini.
Busuk ikan kerana baunya, busuk melayu kerana Umnonya. Betui kata hang slyderros. Kita sama sama teropong dan lawan fitnah kamalfarsya ni. Anjing Umno perosak bangsa melayu. Hidup Melayu !!!!!!
BalasPadamBusuk ikan kerana baunya, busuk melayu kerana Umnonya. Betui kata hang slyderros. Kita sama sama teropong dan lawan fitnah kamalfarsya ni. Anjing Umno perosak bangsa melayu. Hidup Melayu !!!!!!
BalasPadam