MUAR: Parti komponen Barisan Nasional (BN) perlu merasai 'denyut dan nadi jantung rakyat' dengan menumpukan usaha terhadap penyelesaian masalah asas seperti mata pencarian serta pendapatan mereka, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Beliau yang juga Timbalan Presiden Umno berkeyakinan BN akan kembali menjadi parti yang dipercayai rakyat jika ia bertindak menumpukan kepada usaha-usaha membantu kebajikan dan pendapatan mereka.
"Jikalau kita (BN) melakukan perkara itu, kita akan dipercayai oleh rakyat kerana kita telah berbuat sesuatu tentang perkara-perkara yang menyentuh tentang masa depan mereka," katanya kepada pemberita hari ini.
Beliau berkata demikian selepas majlis perjumpaan dengan masyarakat India di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Tamil Palniappa di sini, yang turut disertai bekas timbalan menteri, Datuk S Subramaniam. - Bernama
Pengendali Pergerakan Harga di Transaksi Forex
-
* Pengendali Pergerakan Harga di Transaksi Forex *
Pasar forex dengan volume transaksinya yg sangat besar (mencapai triliunan
dollar per hari) terdiri d...
4 tahun yang lalu






Tiada ulasan:
Catat Ulasan
SILA ULAS APA YANG ANDA BACA