tengok bola disini


Rakan seperjuangan

SAPA NAK HUBUNGI ANWAR

SAPA NAK HUBUNGI ANWAR

LU ORANG PIKIRKAN LA

LU ORANG PIKIRKAN LA

INI LAH PEROSAK BANGSA

INI LAH PEROSAK BANGSA

SAMA TAK?

SAMA TAK?

PEROSAK BANGSA

PEROSAK BANGSA

Ahad, 10 Mei 2009

ZAMBRY NIZAR:KENANGAN 7 MEI:CEMAR IMEJ INSTITUSI DEMOKRASI NEGARA

KUALA LUMPUR 8 Mei - Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan kekecohan yang ditimbulkan pihak pembangkang semasa Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak semalam sebagai sesuatu yang amat memalukan dan perkembangan tragik kepada demokrasi negara.

Perdana Menteri berkata, pembangkang gagal menghormati tatasusila dan prinsip pematuhan kepada undang-undang apabila menekan pendirian mereka sehingga menafikan hakikat bahawa kerajaan juga mempunyai hak tersendiri untuk dipertahankan.

Sikap pembangkang itu, kata beliau, secara langsung mencemarkan imej institusi demokrasi negara di mata dunia.

"Masing-masing ada hak, kerajaan ada hak, pembangkang ada hak, tujuan kita mewujudkan peraturan dan undang-undang adalah untuk menentukan sistem demokrasi berjalan lancar dan dengan tertib.

"Kalau kita tidak menghormati amalan ini atau peraturan dan prinsip undang-undang, maka akan berlakulah keadaan mirip kepada undang-undang rimba di negara kita.

''Ini tentulah satu perkembangan yang amat tragik dan amat memalukan kita, merupakan satu proses yang tempelak kepada imej Malaysia sebagai negara yang tahu mengamalkan demokrasi matang," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan program sambutan Pencapaian Sepuluh Tahun Muzium Kesenian Islam Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas kekecohan sidang DUN Perak semalam yang antaranya menyaksikan Pemangku Raja Perak, Raja Dr. Nazrin Shah melaksanakan tanggungjawab menyampaikan titah perasmian Mesyuarat Pertama Penggal Kedua DUN Perak pada 3.20 petang selepas menunggu sejak 9 pagi.

Persidangan itu juga kecoh dengan adegan tolak-menolak, pergelutan dan hamburan kata-kata kesat.

Tambah Najib, pembangkang sepatutnya menerima hakikat bahawa kerajaan di Perak sudah berubah dan kembali diterajui oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) kerana berlaku perubahan sokongan dan parti di kalangan beberapa Ahli Dewan Undangan Negerinya.

Katanya, dakwaan dan hujah pembangkang tentang apa yang berlaku kononnya tidak mematuhi peraturan atau perlembagaan adalah bersifat menafikan fakta sebenar.

Kata beliau, pembangkang sering melihat sesuatu perkara dari perspektif keuntungan diri mereka semata-mata dan tidak pernah mahu mengakui sebarang tindak-tanduk tidak sihat yang terbit dari pihak mereka.

"Jangan lupa bahawa ada usaha hendak tubuh kerajaan pada 16 September lalu menggunakan prinsip dan kaedah sama iaitu cuba memujuk 31 Ahli Parlimen kita untuk menukar parti.

''Apakah itu tidak satu perbuatan yang boleh menimbulkan pertikaian, jadi kalaulah kita anggap perkara itu boleh dilakukan, maka apa besar sangat cerita kalau tiga orang hendak sokong BN," katanya.

Beliau berkata, apa yang berlaku di Perak adalah lumrah dalam dunia politik demokrasi dan sepatutnya difahami serta diterima pihak pembangkang.

Menjelas lanjut mengenai isu itu Najib berkata, sejarah membuktikan pemimpin terkenal dunia seperti Winston Churcill (bekas Perdana Menteri United Kingdom) pernah dua kali bertukar parti.

"Di Amerika Syarikat baru-baru ini, seorang senator parti Republikan melompat menjadi senator parti Demokratik, jadi (perbuatan menukar parti) tidak salah, bukan tidak ikut perlembagaan atau salah di sisi undang-undang," katanya.

Kata beliau, kerajaan BN amat memahami prinsip siapa yang memiliki lebih banyak sokongan dalam DUN negeri layak memerintah sesuatu negeri itu.

"Jangan lupa, kerajaan Pas dulu di Kelantan boleh bertahan dengan kelebihan satu kerusi, sekarang kita ada kelebihan tiga kerusi, tiga kerusi makna kita boleh mentadbir di Perak," katanya.

Mengenai gesaan agar pilihan raya kecil seluruh Perak diadakan, beliau berkata, perkara itu adalah hak mutlak Raja Perak dan kerajaan tidak boleh menggesa baginda untuk mengadakan pilihan raya.

"Itu budi bicara sultan, itu hak mutlak sultan, bukan makna kita boleh desak adakan pilihan raya atau tidak.

''Jadi kalau tuanku kata tidak perlu dibubarkan kerana kerajaan yang ada ini adalah kerajaan yang boleh mentadbir, jadi tidak perlulah pilihan raya," jelas beliau.

Ditanya mengenai tindakan membawa keluar bekas Speaker Dewan, V. Sivakumar secara paksa, Najib berkata, beliau tidak faham sikap Sivakumar yang sepatutnya sudah mengosongkan kerusi itu apabila tidak lagi menjadi Speaker yang sah di DUN Perak.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SILA ULAS APA YANG ANDA BACA

SOKONGISA4.png (400×386)

PERDANA MENTERI MALAYSIA

PERDANA MENTERI MALAYSIA
YAB DATO SERI NAJIB TUN ABDUL RAZAK

Timbalan Perdana Menteri

TIMBALAN PERDANA MENTERI MALAYSIA

NEGARAWAN TERULUNG

NEGARAWAN TERULUNG

ShoutMix chat widget

CHATROLL KAMALFARSYA

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

Jumlah Paparan Halaman

BLOG SARAWAK

BLOG PEMBANGKANG

Catatan Popular


SABDA HADIS

Rasullullah S.A.W. bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya apabila seorang manusia itu melaknat sesuatu, maka laknatnya itu akan naik ke langit lalu pintu akan ditutup supaya ia tidak dapat naik. Kemudian laknat itu akan turun ke bumi lalu pintu bumi tertutup dari dimasuki. Laknat itu mencari jalan kiri dan kanan lalu ia tidak menjumpai jalan haluan. Lalu laknat itu kembali kepada orang yang dilaknat, sekiranya orang itu memang layak dilaknat maka laknat itu akan terkena padanya. Sekiranya dia bukan ahli yang layak menerima laknat maka laknat itu akan kembali kepada orang yang melaknat itu semula." Riwayat Abu Daud

Huraian

1. Maksud laknat itu ialah jauh daripada rahmat Alllah S.W.T. kerana kemurkaanNya.
moh ikut, jangan perlekehkan.

MARI MEMBACA AL QURAN

CELIK AL-QURAN
Kepada kaum Muslimin & Muslimat, yg ingin belajar mengaji atau mendalami tajwid secara percuma, sila klik disini, insyaallah semoga kita semua menjadi umat Islam yg celik AlQuran serta diberkati oleh Allah

AsmaulHusna

Photobucket

JANGAN MEMBERI (LAPORKAN)

JANGAN MEMBERI (LAPORKAN)
JANGAN TERIMA (LAPORKAN)

Bank islam online

ZAKAT

ZAKAT
bayar secara online

KIBAR JALUR GEMILANG

Berkibarlah dikau di bumi bertuah

NEGARA MALAYSIA

YANG JAUH DAN DEKAT SINGGAH