SEMALAM PAS MENYIFATKAN MAHKAMAH TINGGI TELAH MEMBUAT KEPUTUSAN YANG TEPAT DAN SELURUH PENYOKONG PAS MENYIFATKAN IANYA KEMENANGAN NIZAR MELAWAN ZAMBRY YANG DISIFATKAN OLEH MERKA SEBAGAI MB YANG HARAM.JADI APA PULA PANDANGAN MEREKA BILA MAHKAMAH RAYUAN MEMBENARKAN RAYUAN ZAMBRY UNTUK MENANGGUHKAN KEPUTUSAN SEMALAM YANG MENGISYTIHARKAN NIZAR SEBAGAI MB PERAK YANG SAH.
SEMALAM PARA PENYOKONG DAN PEMIMPIN PAS MEMUJI TINDAKAN MAHKAMAH DAN MELEBAL UMNO SEBAGAI PERAMPAS,TAPI HARI SEBALIKNYA BILA ADA ANTARA MEREKA MEMPERSOALKAN KEPUTUSAN MAHKAMAH.
Menteri Besar Pakatan Rakyat, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dan anggota exconya telah mengosongkan pejabat mereka petang ini.
Sebagai menghormati keputusan Mahkamah Rayuan, Nizar dan para exconya mengosongkan pejabat mereka di bangunan SUK di Ipoh pada kira-kira jam 2.30 petang - kira-kira tujuh jam selepas sekali lagi mengambil alih pentadbiran negeri itu semalam.
Sebelum ini, Menteri Besar BN, Datuk Seri Zambry Abd Kadir meminta Nizar menghormati keputusan Mahkamah Rayuan hari ini yang membenarkan permohonannya untuk menangguh keputusan mahkamah tinggi semalam yang mengisytiharkan Nizar sebagai menteri besar Perak yang sah.
Selepas mahkamah tinggi membuat keputusan itu semalam, Pakatan mengambil alih pentadbiran kerajaan negeri di bangunan SUK.
Bercakap kepada pemberita di Ipoh, Zambry berkata, beliau menghormati keputusan mahkamah dan mahu meneruskan tugasnya sebagai menteri besar.
ZAMBRY MASIH MB YANG SAH....
Ali Biju silap langkah, GPS tetap jadi pilihan
-
Keputusan Ali Biju yang tetap dengan pendiriannya tidak mahu ‘melompat’ ke
Parti Demokratik Progresif (PDP) sebelum ini dan berpegang serta bergantung
k...
Setahun yang lalu
zambry ni pon bleh tahan sengal jgak kan...
BalasPadamsmalam ckap terima keputusan judge dgan hati yg terbuke...
tibe2 bt rayuan plak hr ni....
hurm
Umno, menang merompak, kalah merampas. Macamanapun, jerat PR mengena lagi. Kes ini biar nampak seperti akan berpanjangan, kerana apa yang diperjuangkan bukan kerajaan Perak itu sendiri, tetapi keluhuran perlembagaan dan kedaulatan undang-undang. Ultimately, biar rakyat yang menentukan. The objective is by-election. To safe Perak at expense of federal governmemt? Bangang juga Umno ni. MCA and MIC is not very happy with the arrogance Umno Zambry ni. Sebab tu depa nak pancing Pas, atas nama melayu dan islam. Too easy lah Umno oooi
BalasPadam