tengok bola disini


Rakan seperjuangan

SAPA NAK HUBUNGI ANWAR

SAPA NAK HUBUNGI ANWAR

LU ORANG PIKIRKAN LA

LU ORANG PIKIRKAN LA

INI LAH PEROSAK BANGSA

INI LAH PEROSAK BANGSA

SAMA TAK?

SAMA TAK?

PEROSAK BANGSA

PEROSAK BANGSA

Rabu, 20 Mei 2009

ZAMBRY NIZAR:NIZAR CETUSKAN POLIMIK HANYA UNTUK TONJOLKAN DIRI

KEMELUT politik Perak masih di persimpangan. Ia sudah mengambil masa agak lama untuk diselesaikan sehingga menjejaskan pentadbiran negeri Perak serta merugikan rakyat negeri itu. Terkini kemelut politik Perak lebih fokus kepada menentukan siapakah Menteri Besar yang sah melalui proses mahkamah.

Esok, Mahkamah Rayuan akan mendengar Rayuan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pangkor, Datuk Zambry Abdul Kadir terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang mengisytiharkan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak yang sah. Mahkamah sama juga akan mendengar permohonan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin bagi mengetepikan keputusan Mahkamah Rayuan yang membenarkan penangguhan pelaksanaan keputusan Mahkamah Tinggi itu.

Membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak dan mengadakan pilihan raya perlu dilihat sebagai pilihan terakhir. Pada hakikatnya, jika Pakatan Rakyat memahami dan menerima realiti demokrasi, maka sejak awal lagi kemelut politik Perak sudah dapat diselesaikan.

Namun, mereka gagal menerima hakikat bahawa mereka sudah hilang sokongan majoriti di DUN Perak. Ia berlaku apabila tiga Adun mereka, iaitu dua daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan seorang daripada DAP bertindak keluar parti dan mengisytiharkan sebagai wakil rakyat Bebas. Mereka kemudian menyokong Barisan Nasional (BN) dan sokongan itu membentuk 'sifar matematik' 28 lawan 28+3 (BN).

Jelas di sini BN mempunyai sokongan majoriti dengan kelebihan tiga kerusi. Asas dan prinsip demokrasi meletakkan parti yang mempunyai sokongan majoriti, walaupun dengan satu kerusi layak membentuk kerajaan. Ini pernah berlaku di Kelantan apabila Pas Kelantan mempunyai majoriti hanya dua kerusi dalam Pilihan Raya Umum 2004.

Namun, apabila BN menang pada pilihan raya kecil 2005, Pas hanya mempunyai kelebihan satu kerusi. Hanya dengan kelebihan satu kerusi saja Pas berhak membentuk kerajaan negeri tanpa gangguan BN (Umno) sebagai pembangkang di negeri itu.

Lain pula ceritanya apabila BN memperoleh majoriti dengan kelebihan tiga kerusi. Pakatan pembangkang terus menimbulkan pelbagai onar semata-mata kerana kemaruk kuasa serta tidak mahu menerima realiti dan prinsip demokrasi.

Apabila Nizar kehilangan sokongan majoriti di DUN Perak dan cubaannya untuk mendapatkan perkenan Sultan bagi membubar DUN pada 5 Februari lalu gagal, sebaliknya BN mendapat perkenan Sultan untuk membentuk kerajaan baru negeri Perak yang membawa kepada pelantikan Zambry sebagai Menteri Besar Perak pada 6 Februari.

Sultan Azlan Shah sudah mengamalkan prinsip dan semangat demokrasi sama ketika melantik Menteri Besar daripada pembangkang dan juga BN.

Prinsip demokrasi berperwakilan inilah yang harus difahami Pakatan Rakyat. Apabila sesuatu parti memiliki sokongan majoriti, maka parti itulah yang memerintah. Apakah pakatan pembangkang lupa bahawa ketika mahu membentuk kerajaan negeri Perak sebelum ini mereka juga mempunyai majoriti tiga kerusi.

Keabsahan melalui kaedah 'formula demokrasi' enggan diterima dan diakui Nizar sehingga merumitkan dan mengusutkan keadaan. Nyata sekali Pakatan Rakyat tidak mahu menghormati keputusan dan kuasa yang dibuat Sultan Perak yang bertindak secara adil menerusi kuasa yang termaktub di dalam Perlembagaan negeri.

Jika Nizar dan Pakatan Rakyat mengutamakan kepentingan rakyat, pastinya mereka akan akur dengan tindakan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah. Sepatutnya mereka menerima hakikat itu dan bersedia menjadi pembangkang yang berkesan. Nizar sebagai pemimpin Pas yang dikatakan sentiasa dididik dengan program tarbiyyah yang dibanggakan Pas selama ini, sepatutnya tidak melihat kuasa sebagai segala-galanya.

Nizar tidak seharusnya terus memburu kedudukan Menteri Besar padahal ia bukan lagi miliknya mengikut formula dan prinsip demokrasi. Apa cacatnya Nizar menjadi pembangkang di DUN Perak jika itulah kedudukannya.

Lihat bagaimana Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo yang dulunya berkedudukan Menteri Besar sanggup menjadi ketua pembangkang di DUN Selangor. Apa yang penting negara memerlukan peranan pembangkang yang berkesan sama ada di Dewan Rakyat mahu pun di DUN.

Sebagai pemimpin parti yang kuat tarbiyyah Islamiahnya, Nizar sepatutnya faham bahawa di antara tanda seseorang itu cintakan dunia ialah apabila ia terlalu kuat merindui untuk menjadi pemimpin atau penguasa. Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sepatutnya memberi tazkirah kepada Nizar mengenai perkara ini.

Biarlah Mahkamah Rayuan membuat keputusannya nanti. Nizar dan Zambry harus bersedia menerima sebarang keputusan itu dengan hati dan minda yang terbuka. Bukankah bersikap tasamuh atau berlapang dada dalam menerima sesuatu hakikat itu satu akhlak mahmudah (terpuji)?

Amat jeliknya nafsu kita apabila sesuatu yang menguntungkan menyebelahi kita, maka kita puji dan sanjung, tetapi apabila sesuatu itu tidak memihak kepada kita maka kita keji dan bersangka buruk terhadapnya.

Jika Nizar boleh menyambut baik keputusan Mahkamah Tinggi yang menyebelahinya, mengapa pula beliau perlu berburuk sangka terhadap keputusan Mahkamah Rayuan tempoh hari. Ia adalah persoalan mengenai proses perundangan yang sepatutnya dihormati dan dihargai semua pihak.

Nizar nampaknya lebih memperlihatkan keengganannya menerima realiti demokrasi dan proses perundangan negara. Apalah yang boleh Pas lakukan dalam memperjuangkan Islam sekiranya hanya beberapa kerat saja pemimpin Pas (enam kerusi) sementara sebilangan besarnya adalah dikuasai DAP (17 kerusi) dan PKR lima kerusi selepas dua ahlinya menjadi bebas.

Ambillah iktibar apa yang dilakukan kerajaan DAP di Pulau Pinang dan juga jangan lupa pemerintahan PAP di Singapura. Sikap kedua-duanya lebih 'perkauman' daripada Umno. Nizar yang dikelilingi majoriti wakil DAP nampaknya menjadi tidak rasional akibat pengaruh dan desakan wakil rakyat DAP. Sejak mula menjadi Menteri Besar Perak, polisi pentadbiran Nizar adalah sebenarnya polisi DAP.

Nizar tidak ada kemerdekaan dalam membuat sesuatu keputusan penting. Ini dapat dilihat dalam kes pemberian tanah sehingga Nizar terpaksa mengetepikan Kanun Tanah Negara semata-mata untuk memenuhi kehendak dan desakan DAP.

Pentadbiran Nizar memberikan status hak milik kekal 999 tahun kepada penduduk yang mendiami lot tanah di kampung baru di seluruh negeri itu dengan kira-kira 80 peratus kaum Cina. Tanah itu asalnya adalah milik Melayu yang diambil oleh British di bawah Rancangan Briggs bagi menempatkan setinggan Cina untuk mengatasi masalah komunis.

Rancangan itu tidak dipersetujui Mesyuarat Raja-Raja Melayu pada 24 Mei 1950. Sepatutnya Nizar mencari jalan mengembalikan tanah terbabit kepada orang Melayu, tetapi lain pula tindakannya. Nizar harus berfikiran jauh dalam hal ini.

Jangan hanya kerana hendak meraih populariti supaya dipilih sebagai Naib Presiden dalam pemilihan partinya bulan depan, maka Nizar terus mencipta isu demi isu dalam soal kedudukan Menteri Besar Perak. Ini agenda peribadi yang tidak selari dengan prinsip perjuangan Islam. Ahli-ahli Pas harus cerdik melihat agenda halus Nizar untuk mara dalam pucuk kepemimpinan tertinggi parti itu.

3 ulasan:

  1. Salaam,
    Saya berasa gembira apabila mendapat tahu kita, BN, akan menggunakan segala apa yg mungkin untuk menang kerusi, 'memujuk' dan 'menyuap' 2 bekas ahli PKR yg keluar parti itu. Saya pun tak dapat dengar apa yang sebenarnya tentang mengapa mereka keluar dari PKR. Kalau ya pun, orang2 BN pun nak dengar juga. Ni tak. Penyokong BN dan PKR pun tak dapat tahu apa yg sebenarnya berlaku disitu.
    Kemelut yg berlaku di dalam dewan di Perak dahulu tu, kita sanggup lakukan apa saja untuk menang walaupun terpaksa guna kekerasan dan pertolongan anggota polis yg ntah dari mana datangnya 'tie' yg mereka pakai. Syabas! Saya sendiri dah tonton belasan jenis video klip itu, dari sudut yg berbeza, melihat cara kita, BN, merampas, mencampak dan mengasari speaker, biarlahpun speakar yg sah dan masih berkuasa, kita lebih berkuasa ke atas mereka! Betul atau tidak? Kita ada polis membantu kita dan Bentera yg menyebelahi kita. Alhamdulillah. Senang sikit kerja. Biarlah PKR merana. Peduli apa kita. Asalkan BN terus berkuasa walau apa cara sekalipun. Saya setuju sangat. Campak je speaker dan heret dia keluar.
    Ceh, Nizar tiga bintang! Walhal, org Melayu pun dia membantu juga, sekata dengan orang cina. Nak adil konon. Termasuklah keluarga aku, yg melayu mendapat geran tanah dengan bantuan dari Nizar tiga bintang. Saya syorkan BN jgn lihat semua itu. Buat tak nampak sahaja bantuan mereka dan teruskan agenda kita utk terus terajui Perak, walaupun PAS dan KeADILan utamakan lurus dan adil. Ni soal maruah kita, BN. Teruslah terajui Perak, walaupun kita, BN, bertanggungjawap ke atas semua kemelut di Perak. Biarlah Mahkamah menyebelahi kita, agar kita menang kelak. InshaAllah.

    BalasPadam
  2. kamil...aku rasa bn lah yg kurang cerdik dari dulu lagik. cerdik dgn cara tak ikut quran. kapir la jawapnya. ni nape set approval lak ni? biasala kan. yg pro umno, ko approve la kan. ko baca teks aku bebaik wahai umno. aku nengokkan, dgn video2 dan gambor2 dari menteri2 'cerdik' dan 'berakhlak' dan anak2 menteri umno korang tue. aku kagum dgn ko kamal farsya. benda2 camtu kau pejam sebelah mata. biarlah org2 nye teruk, terlibat dgn pembunuhan kes altantuya yg tak settle2 lagi (najib nape tak pi mahkamah and end this once and for all? penakut anak ayam ke?), skandal2 sexual harassment, anak2 menteri skandal, salah guna wang rakyat (cam khir toyo ko tu), skandal lagi, sentuh michelle yeoh (oleh pak laaaaaah ko tu dan islam hadhari di belakang model separuh bogel), skandal lagi dan sebagainya...asalkan ko benci dan tak mau pecaya parti pkr. aku pasti lagi dgn pkr. kamal, pikiran ko tolong la jgn sempit sgt. sian aku nengok ko kena kencing dgn utusan.m dan b.harian.. jadinya aku nampak kau mmg setuju dan nafikan bn sememangnya benci hudud dan ajaran islam. bn mmg jauh benor nyimpang dari islam pun. peduli apa dah. Ahli-ahli BN harus cerdik melihat agenda halus pemimpin2 besar UMNO untuk mara dalam pucuk kepemimpinan tertinggi parti itu (kerana parti BN mmg semua utamakan hanya ibadah, tapi akidah ntah kemana. jika benar akidah mmg kuat dan ada, maka sudah lama dan dari dulu lagi UMNO telah merancang sebuah negara yg ikut ajaran ISLAM! tapi akidah takdak...akidah=keyakinan..keyakinan org2 cam ko dan UMNO takdak...). Korang tolong sama sendiri jek yg nyokong umno utk wang dan hidup yg sementara di dunia ni.
    Jgn APPROVE mesej aku krn aku tau kau takkan approve kerana ko bukan anak jantan. minta maaf ku katakan...ko bukan ANAK JANTAN...dah cerdik dah ke lum ko ni and the UMNOS?

    BalasPadam
  3. Salam kamal..

    Betul ke kamal ttg kata2 dua2 org tanpa nama ni???

    BalasPadam

SILA ULAS APA YANG ANDA BACA

SOKONGISA4.png (400×386)

PERDANA MENTERI MALAYSIA

PERDANA MENTERI MALAYSIA
YAB DATO SERI NAJIB TUN ABDUL RAZAK

Timbalan Perdana Menteri

TIMBALAN PERDANA MENTERI MALAYSIA

NEGARAWAN TERULUNG

NEGARAWAN TERULUNG

ShoutMix chat widget

CHATROLL KAMALFARSYA

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

Jumlah Paparan Halaman

BLOG SARAWAK

BLOG PEMBANGKANG

Catatan Popular


SABDA HADIS

Rasullullah S.A.W. bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya apabila seorang manusia itu melaknat sesuatu, maka laknatnya itu akan naik ke langit lalu pintu akan ditutup supaya ia tidak dapat naik. Kemudian laknat itu akan turun ke bumi lalu pintu bumi tertutup dari dimasuki. Laknat itu mencari jalan kiri dan kanan lalu ia tidak menjumpai jalan haluan. Lalu laknat itu kembali kepada orang yang dilaknat, sekiranya orang itu memang layak dilaknat maka laknat itu akan terkena padanya. Sekiranya dia bukan ahli yang layak menerima laknat maka laknat itu akan kembali kepada orang yang melaknat itu semula." Riwayat Abu Daud

Huraian

1. Maksud laknat itu ialah jauh daripada rahmat Alllah S.W.T. kerana kemurkaanNya.
moh ikut, jangan perlekehkan.

MARI MEMBACA AL QURAN

CELIK AL-QURAN
Kepada kaum Muslimin & Muslimat, yg ingin belajar mengaji atau mendalami tajwid secara percuma, sila klik disini, insyaallah semoga kita semua menjadi umat Islam yg celik AlQuran serta diberkati oleh Allah

AsmaulHusna

Photobucket

JANGAN MEMBERI (LAPORKAN)

JANGAN MEMBERI (LAPORKAN)
JANGAN TERIMA (LAPORKAN)

Bank islam online

ZAKAT

ZAKAT
bayar secara online

KIBAR JALUR GEMILANG

Berkibarlah dikau di bumi bertuah

NEGARA MALAYSIA

YANG JAUH DAN DEKAT SINGGAH