ERBARU 2 petang: Saya terima keputusan semalam, saya harap mereka terima keputusan hari ini

Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir bersyukur dengan keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Rayuan menangguhkan keputusan Mahkamah Tinggi yang sahkan Datuk Seri Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak. Menurutnya, keputusan ini membuktikan keterbukaan undang-undang negara serta amalan demokrasi. Harapan beliau, pihak pembangkang menerima keputusan tersebut dan tidak bertindak seperti sebelum ini yang tidak menerima keputusan Mahkamah Persekutuan membatalkan penggantungan beliau dan enam Exconya. "Seperti saya menerima keputusan Mahkamah semaam, saya harap mereka juga menghormati keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Rayuan hari ini," katanya pada sidang media di Ipoh. Mengenai tindakan Nizar menggantung Setiausaha Kerajaan Negeri dan Penasihat Undang-Undang Negeri, Dr Zambry berkata, sesuai dengan penangguhan keputusan oleh Mahkamah Rayuan itu, penggantungan itu terbatal dan kedua-dua pegwai itu kekal memegang jawatan. Beliau juga menegaskan, Barisan Nasional (BN) akan menjalankan tugas sebagai kerajaan negeri sesuai dengan keputusan Mahkamah Rayuan tersebut. Ditanya apakah komen beliau sekiranya Nizar dan pembangkang tidak menghormati keputusan Makamah Rayuan itu, Dr Zambry berkata "ini keputusan mahkamah. Ia libatkan soal tata susila." - 12/5/2009

TERBARU 1.00 tengahari: Mahkamah Rayuan benarkan permohonan Dr Zambry

Mahkamah Rayuan Putrajaya hari Selasa membenarkan permohonan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir bagi menangguhkan keputusan Mahkamah Tinggi semalam yang mengesahkan Datuk Seri Nizar Jamaluddin masih sah sebagai Menteri Besar Perak. Dengan keputusan itu, Dr Zambry kekal sebagai Menteri Besar. Hakim Datuk Ramly Ali yang membuat keputusan itu berkata, mahkamah akan menetapkan tarikh dalam waktu terdekat bagi mendengar rayuan Dr Zambry untuk membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi tersebut. - 12/5/2009

10.00 pagi: Nizar masuk pejabat, Dr Zambry jumpa ADUN BN

Suasana di sekitar Ipoh tenang-tenang saja. Datuk Seri Nizar Jamaluddin masuk ke pejabat Menteri Besar di bangunan Perak Darul Ridzuan jam 7.25 pagi. Beliau kemudiannya ke Istana Iskandariah Kuala Kangsar bagi hadiri acara pengurniaan pingat oleh Sultan Perak. Manakala kira-kira jam 10 pagi Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir mengadakan perjumpaan dengan semua Ahli Dewan Undangan Negeri Barisan Nasional di bangunan UMNO Perak bagi membincangkan langkah-langkah terbaru nak diambil. Sementara itu di Putrajaya,peguam bagi pihak Dr Zambry failkan rayuan bagi menanguhkan perlaksanaan keputusan Mahkamah Tinggi sahkan Nizar Menteri Besar