tengok bola disini


Rakan seperjuangan

SAPA NAK HUBUNGI ANWAR

SAPA NAK HUBUNGI ANWAR

LU ORANG PIKIRKAN LA

LU ORANG PIKIRKAN LA

INI LAH PEROSAK BANGSA

INI LAH PEROSAK BANGSA

SAMA TAK?

SAMA TAK?

PEROSAK BANGSA

PEROSAK BANGSA

Sabtu, 16 Mei 2009

ZAMBRY PERCAYA KEMELUT POLITIK BOLEH SELESAI DENGAN BAIK TANPA PILIHANRAYA BARU

Kemelut politik Perak boleh diselesaikan secara baik sekiranya semua pihak memahami peraturan dan menghormati prinsip demokrasi berperwakilan, kata Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

“Saya tidak faham kenapa kini timbul persoalan pilihan raya apabila Barisan Nasional (BN) berjaya menguasai kerajaan negeri dengan majoriti mudah, sedangkan BN tidak mempersoalkan faktor majoriti pakatan pembangkang ketika mereka membentuk kerajaan goyah di Perak selepas pilihan raya umum tahun lalu.

“Kita tidak seharusnya membenarkan pihak minoriti bermaharajalela (merujuk kepada pelbagai usaha Pakatan Rakyat untuk menjatuhkan BN sejak mengambil alih pentadbiran Februari lalu).

“... masalah dalam politik ialah kadangkala rakyat mudah terpengaruh dengan retorik,” katanya ketika berinteraksi secara langsung dengan pengunjung laman web New Straits Times (NST) Online kira-kira sejam dari pejabatnya di sini, semalam.

Begitupun, Zambry yang juga Pengerusi BN Perak berkata, semua pihak termasuk BN perlu bersedia menghadapi sebarang kemungkinan termasuk jika diadakan pilihan raya di negeri ini.

Bagaimanapun, beliau berpendapat sebelum pilihan raya boleh diadakan, segala kecelaruan dalam politik di negeri ini perlu ditangani dulu kerana pihaknya menyedari terlalu banyak salah faham dan salah persepsi terhadap apa yang sebenarnya berlaku di Perak.

Zambry berkata, beliau juga menerima banyak pandangan daripada pelbagai kelompok masyarakat yang tidak setuju diadakan pilihan raya bagi menyelesaikan krisis politik di negeri ini.

“Pandangan mereka bukan kerana ia hanya akan menambahkan lagi kekalutan dan menelan kos yang tinggi dalam keadaan ekonomi sekarang, tetapi berasakan ia tidak perlu kerana prinsip asas demokrasi berperwakilan iaitu pihak yang menguasai majoriti membentuk kerajaan negeri dan dalam hal Perak, BN menguasai majoriti.

"Semua orang mahu krisis politik Perak diselesaikan secepat mungkin. Saya sendiri tidak terkecuali. Tetapi, di sebalik segala keadaan sekarang, kami semua setuju bahawa persekitaran perniagaan yang baik mesti disediakan. Oleh itu, mari kita sama-sama mengekalkan persekitaran mesra perniagaan di negeri ini," katanya.

Zambry juga tidak menolak kemungkinan Sidang DUN tergempar diadakan dalam tempoh terdekat tetapi perlu jelas tujuan ia mahu diadakan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SILA ULAS APA YANG ANDA BACA

SOKONGISA4.png (400×386)

PERDANA MENTERI MALAYSIA

PERDANA MENTERI MALAYSIA
YAB DATO SERI NAJIB TUN ABDUL RAZAK

Timbalan Perdana Menteri

TIMBALAN PERDANA MENTERI MALAYSIA

NEGARAWAN TERULUNG

NEGARAWAN TERULUNG

ShoutMix chat widget

CHATROLL KAMALFARSYA

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

Jumlah Paparan Halaman

BLOG SARAWAK

BLOG PEMBANGKANG

Catatan Popular


SABDA HADIS

Rasullullah S.A.W. bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya apabila seorang manusia itu melaknat sesuatu, maka laknatnya itu akan naik ke langit lalu pintu akan ditutup supaya ia tidak dapat naik. Kemudian laknat itu akan turun ke bumi lalu pintu bumi tertutup dari dimasuki. Laknat itu mencari jalan kiri dan kanan lalu ia tidak menjumpai jalan haluan. Lalu laknat itu kembali kepada orang yang dilaknat, sekiranya orang itu memang layak dilaknat maka laknat itu akan terkena padanya. Sekiranya dia bukan ahli yang layak menerima laknat maka laknat itu akan kembali kepada orang yang melaknat itu semula." Riwayat Abu Daud

Huraian

1. Maksud laknat itu ialah jauh daripada rahmat Alllah S.W.T. kerana kemurkaanNya.
moh ikut, jangan perlekehkan.

MARI MEMBACA AL QURAN

CELIK AL-QURAN
Kepada kaum Muslimin & Muslimat, yg ingin belajar mengaji atau mendalami tajwid secara percuma, sila klik disini, insyaallah semoga kita semua menjadi umat Islam yg celik AlQuran serta diberkati oleh Allah

AsmaulHusna

Photobucket

JANGAN MEMBERI (LAPORKAN)

JANGAN MEMBERI (LAPORKAN)
JANGAN TERIMA (LAPORKAN)

Bank islam online

ZAKAT

ZAKAT
bayar secara online

KIBAR JALUR GEMILANG

Berkibarlah dikau di bumi bertuah

NEGARA MALAYSIA

YANG JAUH DAN DEKAT SINGGAH