Dua hari lagi menjelang Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, macam-macam cerita timbul. Bagi yang kaki himpun orang seperti Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu dah mula ajak orang sembahyang subuh dengan niat untuk berdemonstrasi di Ipoh.

Bagi yang bakal hilang jawatan seperti Speaker DUN Perak, V. Sivakumar, pelbagai usaha dibuat untuk menggagalkan sidang berkenaan termasuk merayu kepada Sultan Perak untuk menangguhkan sidang berkenaan kepada tarikh lain.

Namun dalam banyak-banyak ‘hu ha’ yang berlaku itu, paling menarik ialah ‘kenyataan paling gila’ dalam sejarah politik dan perundangan negara oleh orang yang telah hilang jawatan ‘paling kanan’ dalam kerajaan negeri lalu iaitu bos DAP Perak, Ngeh Koo Ham.

Ini berikutan, kenyataan terbaru Ngeh menjelang Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, hari Khamis apabila dengan terbuka mempertahankan keputusan Menteri Besar Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir tidak boleh menghadiri sidang DUN kerana telah digantung.

Namun hakikatnya, Mahkamah Persekutuan pada 16 April lalu telah membuat keputusan bahawa keputusan Sivakumar menggantung Dr Zambry dan enam anggota Exconya sebagai tidak sah dan terbatal.

Malah menunjukkan sikap mencabar keputusan mahkamah, Ngeh dalam kenyataanya yang dikeluarkan hari Selasa menyifatkan Mahkamah Persekutuan telah tersalah membuat keputusan tersebut kerana keputusan yang dibuat oleh Sivakumar telah disahkan oleh sidang ‘bawah pokok’ pada 3 Mac 2009.

Ngeh tidak pula menyatakan bahawa sidang bawah pokok tersebut tidak mendapat perkenan Sultan Perak yang mengikut Undang-Undang tubuh Negeri Perak, sidang DUN Perak mestilah mendapat perkenan Tuanku.

Membuktikan perkara ini ialah apabila Sivakumar sendiri hari Isnin (semalam) memohon kepada Sultan Perak yang telah memberi perkenan supaya menangguhkan Sidang DUN Perak yang akan diadakan Khamis ini.

Ini membuktikan daripada segi prosedur, memang perkenan Sultan Perak diperlukan untuk mengadakan Sidang DUN dan Sivakumar telah memohon kepada Sultan sebagai yang berkuasa untuk menangguhkan sidang yang dijadualkan kepada suatu tarikh lain yang lebih sesuai.

Sedangkan semasa bersidang bawah pokok ala kerajaan ‘pasir dua butir’ kalangan pakatan pembangkang bertegas menyatakan perkenan Tunku tidak diperlukan sebaliknya ia kuasa mutlak Speaker.

Lebih pelik lagi apabila Ngeh dalam kenyataannya berkata, barisan peguam pakatan pembangkang mentafsir keputusan Mahkamah Persekutuan yang memutuskan penggantungan Dr Zambry dan enam exconya sebagai tidak sah tidak memberikan kebenaran Dr Zambry menghadiri Sidang DUN.

Berdasarkan kenyataannya itu, siapa lebih berkuasa dalam mentafsir undang-undang, Mahkamah Persekutuan sebagai badan kehakiman tertinggi negara atau Ngeh yang telah hilang jawatan Exco Kanan dan ‘master mind’ dan kini amat terdesak untuk terus memainkan peranan tersebut dalam kancah politik Perak.


PADA PEMBANGKANG....KALAU DAH BODOH TU MEMANG SUSAH NAK DIAJAR....RENUNG RENUNG KAN LA...LU PIKIR LA SENDIRI