Pemuda UMNO Negeri akur dengan sebarang keputusan yang ditetapkan oleh pucuk pimpinan BN berhubung sama ada mahu meletakkan calon untuk bertanding kerusi DUN Penanti atau sebaliknya.UMNO Pusat dijangka membuat keputusan berhubung penyertaan parti itu dalam pilihan raya kecil Penanti selepas mesyuarat Biro Politik parti itu di Putrajaya Isnin ini.
DUN Penanti: Pusat larang, PAS Permatang Pauh tetap mahu tanding
PAS Permatang Pauh tetap dengan pendirian mahu meletakkan calonnya bertanding dalam pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti walaupun hasrat tersebut terus ditolak oleh kepimpinan pusat parti itu.
Yang Dipertua PAS Permatang Pauh, Omar Hassan berkata, sehingga kini pendirian PAS Permatang Pauh kekal memandangkan hasrat mereka itu turut mendapat 'lampu hijau' daripada PAS Pulau Pinang.Kita tetap dengan pendirian untuk bertanding, pendirian kita jelas kerana matlamat kita bukan untuk kepentingan peribadi ataupun PAS semata-mata, sebaliknya juga untuk kepentingan Pakatan Rakya.
PAS Permatang Pauh merasakan adalah menjadi tanggungjawab kami untuk membela nasib rakyat di kawasan ini.Nampaknya wakil rakyat daripada PKR sebelum ini tidak boleh membela nasib rakyat, jadi atas rasa tanggungjawab kami menawarkan diri.
Kami sedar pimpinan pusat melarang untuk PAS bertanding, tapi Insya-Allah selagi penamaan calon masih belum diadakan, ruang perbincangan masih ada antara kami.
Selain pendirian PAS Permatang Pauh, sebelum ini Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang, Mohd Hafiz Mohd Nordin berkata, Pemuda PAS mahu PKR memberikan kerusi itu kepada PAS bertanding memandangkan prestasi Mohammad Fairus dari PKR sebelum ini tidak memuaskan
Jika kerusi berkenaan dikosongkan kerana sebab-sebab yang munasabah seperti kematian, kita pasti akan hormati perjanjian itu dan kita tidak akan minta untuk bertanding.Tapi cara kerusi itu dikosongkan amat tidak munasabah kerana penyandang sebelum ini menghadapi masalah peribadi dan masalah dalaman parti.
Walaupun kami dalam satu pakatan, tapi jika wujud sesuatu yang tidak kena, kami harus tegur dan betulkan.Mengulas mengenai calon PKR yang juga bekas Setiausaha Politik kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa beliau menjadi Timbalan Perdana Menteri, Omar berkata pemilihan calon berkenaan tidak memuaskan hati penduduk tempatan.
Kita mahu penduduk tempatan yang tinggal di kawasan ini menjadi wakil rakyat, bukan orang luar yang belum memahami kehendak rakyat di sini.Beliau orang pulau... bukan orang Penanti, susahlah kalau ADUN tinggal di sebelah pulau dan Ahli Parlimen tinggal di Kuala Lumpur.Macam mana nak jadi wakil rakyat kalau wakil itu tidak bersama rakyat.
PERPADUAN DALAM PAKATAN PUN DAH NAK HANCUR,JADI PADA RAKYAT PENANTI PILIH LA PEMIMPIN YANG ADA RASA TANGUNGJAWAB,BUKAN ADA RASA KEPENTINGAN DIRI......KITA RENUNG RENUNG KAN LA....LU PIKIR LA SENDIRI
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
SILA ULAS APA YANG ANDA BACA