tengok bola disini


Rakan seperjuangan

SAPA NAK HUBUNGI ANWAR

SAPA NAK HUBUNGI ANWAR

LU ORANG PIKIRKAN LA

LU ORANG PIKIRKAN LA

INI LAH PEROSAK BANGSA

INI LAH PEROSAK BANGSA

SAMA TAK?

SAMA TAK?

PEROSAK BANGSA

PEROSAK BANGSA

Ahad, 3 Mei 2009

UMNO PAS:MEDIA DIBENAR BUAT LIPUTAN DUN PERAK DAN JANGAN LUPA INI MUNGKIN SIDANG TERAKHIR SIVA SEBAGAI SPEAKER

Speaker Perak telah memberi kebenaran pada petugas media untuk membuat liputan persidangan DUN Perak yang dijadual bermula pada 7 Mei ini.Saya akan mengeluarkan surat kebenaran kepada media-media mengikut pertimbangan saya.Diharap juga Siva tidak mengikut pertimbangannya semasa persidangan berjalan nanti dan gunalah segala peraturan dan undang undang semasa perjalanan persidangan nanti.Jangan ,anggap sebagai Speaker Siva dan Bosnya Nizar boleh membuat apa sahaja untuk menganggu perjalanan persidangan Dun nanti.

Siva dan Bosnya boleh membenarkan media membuat liputan tapi diharap Nizar tidak akan memberi sokongan sekiranya penyokongnya ingin menimbulkan kekacauan.Rakyat boleh hadir untuk memberi sokongan tapi pada penyokong Pas jangan sesekali menimbulkan provokasi sehingga boleh menimbulkan kekacauan.

Ada sumber sumber menyatakan yang penyokong parti politik
tak habis-habis nak buat kacau. Kali ini ada pihak dikatakan akan berdemonstrasi jalanan ketika sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak berlangsung mulai Khamis ini. Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, Sabtu lalu mendedahkan ada terima maklumat pihak tertentu mahu mengadakan demonstrasi itu untuk `bersaing' dengan sidang DUN bagi menentukan siapa yang lebih kuat.Ini bukan langkah bijak kerana Sidang DUN diadakan bukan mencari gaduh atau menunjuk kekuatan dengan sesiapa, sebaliknya untuk membahaskan program pembangunan bagi faedah rakyat. Bagaimanapun pihak berkuasa akan mengawal keselamatan wakil rakyat dan mereka yang menghadiri siding DUN itu dan menasihatkan pihak terbabit melupakan sahaja niat buruk tersebut.

Jangan nanti bila diambil tindakan mereka menuduh BN zalim .Kita harus menghormati undang undang dan diharap semua penyokong terutama penyokong totok Pas jangan sesekali menimbulkan kekacauan.

Apakah ini persidangan terakhir Siva sebagai Speaker hanyan akan di dapat dijawab setelah berlangsungnya persidangan Dun nanti.Diharap ini adalah yang terakhir Siva sebagai Speaker kerana sejak Siva menjadi Speaker banyak keadaan menjadi kecoh dan tidak menjalankan tugas Speaker dengan adil.Inilah yang menjadi satu agenda Umno BN untuk menukar Speaker.Semoga Speaker yang baru dapat berlaku adil pada semua bila ada pertukaran nanti.

Jabatan Penerangan Perak dalam satu notis bertarikh 30 April lepas memaklumkan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak memutuskan bahawa setiap media cetak hanya dibenarkan untuk menghantar dua petugas manakala media elektronik dibenarkan menghantar tiga petugas untuk liputan persidangan dewan itu.

Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dijangka membuat satu kenyataan esok berhubung arahan larangan membuat liputan dan had bilangan petugas yang dikeluarkan sebelum ini

SEMOGA PERJALANAN SIDANG DUN NANTI AKAN BERJALANMENGIKUT LUNAS UNDANG UNDANG TANPA ADA SEBARANG TINDAKAN YANG MERUGIKAN RAKYAT.jADI SEBAGAI JALAN TERBAIK UNTUK MENYELESAIKAN KEMELUT INI HARUS ADA PERTUKARAN PADA SPEAKER AGAR PERJALANAN PERSIDANGAN DUN PERAK AKAN BERJALAN SEPERTI BIASA TANPA ADA SEBARANG PENGANTUNGAN PADA AHLI AHLI.

KITA RENUNG ENUNGKAN LA....LU PIKIR LA SENDIRI.........

3 ulasan:

  1. Pemimpin PAS sanggup melihat Islam dan Melayu berpecah kerana mereka sangat yakin bahawa PAS boleh menjadi parti alternatif kepada orang-orang Melayu. Pemimpin PAS semakin yakin bahawa kaum Cina dan India mulai menyokong calon PAS. Mengapa mereka perlu bersatu dengan UMNO? Mereka beranggapan UMNO mulai menuju kehancuran atau lubang kubur.
    Pandangan yang terlalu awal. Dalam politik pelbagai kemungkinan boleh berlaku. Ada masa naik dan ada masa turun. Ada masa air pasang dan ada masa air surut. Bergantunglah kepada keadaan dan masanya. UMNO mulai membuat beberapa perubahan bagi mengembalikan keyakinan rakyat. Pemimpin-pemimpin MT UMNO yang dipilih melalui Persidangan Agung UMNO kebanyakan pemimpin yang berani bercakap, berpendirian tegas, berwibawa dan bersih. PM, DS Najib telah melantik Menteri dan Timbalan Menteri dari kalangan pemimpin UMNO yang bersih dan berkemampuan memberi sumbangan kepada rakyat dan negara. Beberapa dasar telah mengalami perubahan dan pembaharuan. Majlis perasmian yang bakal dihadiri oleh pemimpin kerajaan diringkaskan kerana lebih masa ditumpukan kepada perkhidmatan kepada rakyat. Sesuai dengan cogan kata di bawah pentadbiran DS Najib iaitu "Rakyat Didahulukan dan Pencapaian Diutamakan". Jika UMNO dan BN mendapat restu rakyat pada masa akan datang bermakna Melayu terus berpecah.
    Oleh itu pemimpin PAS mahu pun UMNO tidak perlu mendabik dada mengatakan parti masing-masing kuat. Sebenarnya NGOs dan orang Melayu tidak rela melihat bangsa Melayu semakin menuju kehancuran. Apakah Islam boleh terus berkembang maju jika bangsa Melayu hancur? Perjuangan Islam PAS sebenarnya samalah jua dengan perjuangan UMNO. Cuma pendekatan PAS dan UMNO mungkin sedikit berbeda dan apakah perbedaan itu tidak memungkinkan UMNO dan PAS bersatu kerana Allah. Jika PAS boleh menerima DAP sebagai rakan dalam pakatan, mengapa PAS tidak boleh menerima UMNO sebagai pakatan dalam perjuangan membela nasib bangsa Melayu dan Islam?

    BalasPadam
  2. DAP menolak Islam kita boleh terima. Umno menolak Islam, beratlah brother. Tok Guru Nik Aziz pun hangpa boleh kata sesat, berat lah brother. Guna akal lah, bukan ikut hati dan perasaan. Memanglah dia tak kaya macam orang Umno, sebab bukan harta yang dia perjuangkan. Umno is all about economic and power. Tapi melayu tetap miskin dari dulu, sebab ada penyangak melayu macam hangpa ni. Pemimpin Umno bersih? Hang nak tipu orang pekak dan buta boleh la. Kah kah kah. Menteri ugama hangpa sanggup berlatar belakangkan penari golek separa bogel kat kuala sepetang pun hangpa kata okay? Islam Liberal ka brother? Tarian tu budaya orang cina? Hanya orang pekak yang tak melihat dan orang buta yang tak mendengar aja yang hangpa boleh perbodohkan.

    BalasPadam
  3. rahman,ahcong, muniandy. Lu ni melayu lukaq mana ha? Jangan buat malu orang melayu la. Pemimpin Umno bersih kepala hatuk hang. Orang macam Ali Rustam yang didapati bersalah rasuah tak dibenarkan bertanding tup tup lantik jadi ketua perhubungan negeri dan masih kekal sebagai CM, Khairy Jamaluddin yang didapati bersalah, bertanding ketua pemuda, tup tup menang dengan undi terbanyak pasai orang Umno memang suka perasuah atau perwakilan Umno dah terima rasuah, rafidah aziz yang dah lama dah rasuah masih dalam barisan MT,dan tak larat lagi aku nak sebut sebab panjang sangat list pemimpin rasuah Umno ni, masih hangpa kata barisan pemimpin bersih?. Menteri agama hangpa tersenyum happy kat kuala sepetang minum petang sambil dihiburkan penari golek separuh bogel hangpa kata okey. Mufti hangpa mengharamkan Jom Heboh hangpa buat tak hirau aja. Memalukan Umno dan orang melayu aja. Berbaliklah pada perjuangan Umno yang asal, bukan Umno yang melanun bangsa sendiri. Pejuang melayu hatuk engkau. Orang kelantan bukan melayu ka yang hangpa tindas sampai hari ni. Orang kedah bukan melayu ka? Piiiiiiirah.

    BalasPadam

SILA ULAS APA YANG ANDA BACA

SOKONGISA4.png (400×386)

PERDANA MENTERI MALAYSIA

PERDANA MENTERI MALAYSIA
YAB DATO SERI NAJIB TUN ABDUL RAZAK

Timbalan Perdana Menteri

TIMBALAN PERDANA MENTERI MALAYSIA

NEGARAWAN TERULUNG

NEGARAWAN TERULUNG

ShoutMix chat widget

CHATROLL KAMALFARSYA

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

Jumlah Paparan Halaman

BLOG SARAWAK

BLOG PEMBANGKANG

Catatan Popular


SABDA HADIS

Rasullullah S.A.W. bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya apabila seorang manusia itu melaknat sesuatu, maka laknatnya itu akan naik ke langit lalu pintu akan ditutup supaya ia tidak dapat naik. Kemudian laknat itu akan turun ke bumi lalu pintu bumi tertutup dari dimasuki. Laknat itu mencari jalan kiri dan kanan lalu ia tidak menjumpai jalan haluan. Lalu laknat itu kembali kepada orang yang dilaknat, sekiranya orang itu memang layak dilaknat maka laknat itu akan terkena padanya. Sekiranya dia bukan ahli yang layak menerima laknat maka laknat itu akan kembali kepada orang yang melaknat itu semula." Riwayat Abu Daud

Huraian

1. Maksud laknat itu ialah jauh daripada rahmat Alllah S.W.T. kerana kemurkaanNya.
moh ikut, jangan perlekehkan.

MARI MEMBACA AL QURAN

CELIK AL-QURAN
Kepada kaum Muslimin & Muslimat, yg ingin belajar mengaji atau mendalami tajwid secara percuma, sila klik disini, insyaallah semoga kita semua menjadi umat Islam yg celik AlQuran serta diberkati oleh Allah

AsmaulHusna

Photobucket

JANGAN MEMBERI (LAPORKAN)

JANGAN MEMBERI (LAPORKAN)
JANGAN TERIMA (LAPORKAN)

Bank islam online

ZAKAT

ZAKAT
bayar secara online

KIBAR JALUR GEMILANG

Berkibarlah dikau di bumi bertuah

NEGARA MALAYSIA

YANG JAUH DAN DEKAT SINGGAH