Saya memuji tindakan yang diambil oleh Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Dato' Mohamed Daud memberitahu tidak akan mempertahankan jawatannya pada muktamar yang akan diadakan Jun depan.Difahamkan juga timbalannya juga bakal mengambil langkah yang sama dengan ketuanya untuk tidak mempertahankan jawatan dalam pemilihan Pas nanti.
Jadi saya mengesyorkan juga TGNA juga mengambil tindakan yang sama dengan berundur kerana kesihatan TGNA yang dalam keadaan yang tidak berapa baik.Dan ada juga yang mengesyorkan TGNA (Baca disini)
Dan Untuk tujuan itu, sudah tiba masanya Tuan Guru meninggalkan tahta empuknya di Kelantan dan berkampung di pusat. Tuan Guru perlu meletakkan jawatannya sebagai Menteri Besar Kelantan dan menjamin satu peralihan kuasa yang sempurna supaya penggantinya mempunyai masa yang cukup untuk memperkemaskan diri berhadapan dengan jentera baru UMNO di Kelantan yang sudah pasti akan diambil alih oleh Mustapha Mohamed.
Apakah tujuan penulis ini?Apakah ini usaha pihak yang dibelakang TGNA yang berusaha untuk menolak TGNA?Jadi adalah lebih baik TGNA berundur sahaja demi puak puak yang mahukan jawatan MB Kelantan .
Juga jawatan Timbalan Juga harus tiada pertandigan sebagaimana yang dinyatakan oleh Ketua Dewan ulama bahawa dua jawatan tertinggi Pas iaitu Presiden dan Timbalan Presiden perlu disandang oleh golongan ulama yang mempunyai pendidikan formal dan berpengetahuan tinggi dalam bidang agama.
Apakah Datuk Husam Musa dan Mohammad Sabu selain Pesuruhjaya Pas Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak dan Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr. Hassan Ali akan menarik diri dari bertanding jawatan Timbalan.Andainya mereka tidak memperdulikan nasihat ulama sendiri ,kata siapakah yang harus mereka dengar .Bermakna sudah ada puak puak dalam Pas yang sudah berani untuk tidak memperdulikan pandangan Ulama mereka sendiri.
Akhir nya Pas akan hancur seandainya berlaku pertandigan yang serba sedikit ada kesan lukanya walaupun tidak parah.Pada Pas pilih la pemimpin yang ada semangat melayunya .Bagi saya Nizar harus ditolak...apa yang ditakutkan Nizar akan membawa pengaruh Dap kedalam Pas dan ini tidak mustahil akan terjadi kerana Nizar sememangnya adalah boneka pada Dap.Akan terselamat lah Pas sekiranya perwakilan menolak bekas MB Perak yang telah menderhaka pada Sultan Perak.Nizar perlu dihukum oleh perwakilan Pas sendiri .
DENGAN PERHIMPUNAN YANG SEMAKIN HAMPIR MASIH ADA RUANG PADA PEMIMPIN PAS YANG INGINKAN JAWATAN AGAR MENILAI SEMULA KEWAJARAN MEREKA UNTUK BERTANDING TERUTAMA YANG TELAH DERHAKA PADA SULTAN.....KTA RENUNG RENUNG KAN LAH...LU PIKIR LA SENDIRI.
siapa reformis terlampau itu, lihatlah kisah AJK PKR Putrajaya di http://jamilismail.blogspot.com
BalasPadam