tengok bola disini

Rakan seperjuangan

SAPA NAK HUBUNGI ANWAR

SAPA NAK HUBUNGI ANWAR

LU ORANG PIKIRKAN LA

LU ORANG PIKIRKAN LA

INI LAH PEROSAK BANGSA

INI LAH PEROSAK BANGSA

SAMA TAK?

SAMA TAK?

PEROSAK BANGSA

PEROSAK BANGSA

Ahad, 17 Mei 2009

UMNO PAS:PEMBANGKANG DI PERAK TERUS BERANGAN ANGAN.

Semuanya daripada pemerintah kepada Raja dipersalahkan mereka

MENGIKUT lazimnya, harus sudah empat kali Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berpindah rumah sejak sebelum mengangkat sumpah selaku Menteri Besar Perak hingga perkembangan terbaru yang melingkarinya kini.

Daripada asalnya mendiami sebuah rumah teres dua tingkat di Pinji Seni, Ipoh menjelang Pilihan Raya Umum pada Mac 2004, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pangkor itu kemudian menyewa pula sebuah rumah setingkat di Taman Golf.

Kemudian, kerajaan Pakatan Rakyat di Perak kehilangan majoriti yang seterusnya membuka laluan untuk Dr Zambry menghuni kediaman rasmi Menteri Besar selepas pelantikannya diperkenankan Sultan Perak pada 6 Februari lalu.

Dr Zambry, bagaimanapun, tidak mahu segera berpindah.

Pertama, beliau harus menunggu Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin mengosongkan dulu kediaman rasmi di Jalan Raja Di Hilir itu. Ia hanya berlaku pada 22 Februari lalu � 16 hari selepas dilucutkan jawatan sebagai Menteri Besar.

Kedua, kediaman yang dianggapnya 'panas' ketika itu � sepanjang masa ada saja kereta peronda polis yang berkawal di persimpangan masuk � mahu dibiarkannya sejuk terlebih dulu sebelum ia bersedia menerima penghuni baru.

"Biarlah dulu, kurang-kurang pun tiga bulan," kata Dr Zambry dalam satu pertemuan bulan lalu. "Buat apa nak cepat-cepat pindah, biarlah sejuk dulu keadaan. Lagipun, nak duduk lama kat situ."

Lama, pada tanggapan Dr Zambry, haruslah tidak sepantas 11 Mei lalu apabila Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas) di Kuala Lumpur mengisytiharkan Nizar sebagai Menteri Besar Perak yang sah.

Andainya waktu itu Dr Zambry harus membungkus barang untuk berpindah keluar dari kediaman rasmi Menteri Besar, keesokannya pula niat itu terpaksa dibatalkan apabila Mahkamah Rayuan di Putrajaya membenarkan beliau kekal sebagai Menteri Besar sehingga kes rayuannya diputuskan mahkamah.

Hanya kira-kira seminggu lalu, Dr Zambry kali pertama menganjurkan majlis membaca Yassin dan tahlil di kediaman rasmi itu meskipun belum berpindah ke situ. Kini, cadangannya untuk menganjurkan majlis qiamullail di kediaman berkenaan setiap bulan, harus terus tertangguh sementara waktu.

Apa yang malang ialah, ia bukan lagi berkisar kepada siapa yang mendapat sokongan majoriti di Dewan Undangan Negeri (DUN). Bukan juga siapa yang diperkenankan Sultan Perak � atas pertimbangan siapa yang memiliki majoriti � untuk menjadi ketua eksekutif negeri.

Sebaliknya, segala-galanya bergantung kepada keputusan mahkamah.

Terkini, timbul pula desakan Pakatan Rakyat untuk DUN Perak dibubarkan. Kata mereka, biarlah pengundi di Perak menjadi hakim siapa yang lebih layak menubuhkan kerajaan.

Itu, jika kita amati, adalah cakap orang yang kalah, cakap orang yang kecewa. Itu juga adalah cakap mereka yang mahu membelakangkan prinsip demokrasi.

Dari sudut mana pun ia mahu dilihat, Pakatan Rakyat memiliki 28 kerusi berbanding 28 di pihak BN yang turut mendapat sokongan tiga lagi calon Bebas, menjadikannya ia majoriti di pihak kerajaan Dr Zambry.

Tiga calon Bebas itu turut menyatakan yang sama ketika ditanya Sultan Perak di samping menurunkan tanda tangan di kertas perakuan. Ia adalah kehilangan di pihak Pakatan Rakyat dan kelebihan di pihak BN.

Malah, mahkamah jugalah yang memutuskan tiga Adun Bebas itu � Hee Yit Foong (bekas DAP Jelapang) ,Jamaluddin Radzi (bekas PKR Behrang) dan Osman Jailu (bekas PKR Changkat Jering) � tetap sah sebagai wakil rakyat.

Belum ada mana-mana mahkamah yang memutuskan sokongan ketiga-tiganya kepada BN tidak sah, dan belum juga ada hakim yang memperakukan sokongan majoriti di DUN Perak bukan memihak BN.

Namun, kepada Pakatan Rakyat, mahkamah hanya telus dan adil apabila keputusannya hanya memihak kepada mereka. Jika sebaliknya pula, mahkamah akan dituduh bersikap memihak atau berat sebelah.

Lantaran keputusan terbaru mahkamah yang tidak memihak kepada mereka, maka rakyat pula hendak dijadikan timbang tara pengadilan.

Sekonyong-konyong kepada mereka, rakyat Perak sudah muak dengan gelagat Barisan Nasional (BN) yang dituduh mereka sebagai perampas kuasa dan peragut hak rakyat. Atas kepercayaan itu, mereka membayangkan rakyat Perak akan menghukum BN jika pilihan raya negeri diadakan semula.

Itu, sebenarnya, adalah pandangan yang berat sebelah. Bagaimana Pakatan Rakyat boleh meyakininya sedangkan hanya 15 bulan lalu, BN hanya kalah tiga kerusi dan bukan pun kalah teruk.

Andainya pengundi di Perak dibenarkan berfikir secara rasional dan bukan diracuni pemikiran mereka dengan hasutan supaya membenci daripada pemerintah hingga kepada Raja, apakah tidak mustahil untuk Pakatan Rakyat menerima hukuman sewajarnya?

"Ia (krisis politik di Perak) tidak jadi seperti ini kalau prinsip demokrasi berperwakilan itu difahami. Kalau ada majoriti, parti itulah yang memerintah, sama seperti pakatan pembangkang sebelum ini (apabila) mereka juga mempunyai majoriti tiga kerusi," kata Dr Zambry dalam satu temu bual semalam.

"Walaupun mereka lebih tiga kerusi, mereka boleh memerintah. BN tidak ganggu mereka. Seperti di Kelantan pada 2004, kerajaan Pas Kelantan mempunyai majoriti hanya dua kerusi. BN tidak menjadikan ia masalah.

"Pada pilihan raya kecil 2005, Pas hanya mempunyai satu kerusi... tidak ada juga masalah kerana mereka masih menang. Kalau kita memahami prinsip demokrasi berperwakilan, masalah seperti di Perak tidak akan timbul."

Seterusnya, Pakatan Rakyat mendakwa BN yang merampas kerajaan negeri Perak melalui mahkamah.

"Saya dicabar oleh Datuk Seri Mohammad Nizar berhubung pelantikan MB � bukan saya mencabar dia. Nizar orang pertama yang membawa kes ini ke mahkamah, bukan saya dan bukan BN. Tiba-tiba mereka putar belit kenyataan (bahawa) kami yang bawa kes ke mahkamah. Inilah satu lagi pembohongan besar pakatan pembangkang," katanya.

Soal sama ada DUN Perak harus dibubarkan untuk pilihan raya negeri diadakan, memang satu opsyen untuk BN yang memiliki majoriti tapi bukan untuk ditentukan Pakatan Rakyat yang kini minoriti.

Pada ketika Pakatan Rakyat masih menguasai kerajaan negeri dengan kelebihan tiga kerusi selepas selesainya pengundian pada 8 Mac 2008 pun, ada desakan daripada BN supaya DUN Perak dibubarkan. Namun, mereka tidak pernah ambil peduli.

Kini, mereka membuat desakan yang sama di sebalik mereka mengetahui ia bukanlah sesuatu yang berkemungkinan.

Kerana itu juga, Pakatan Rakyat harus menyalahkan diri sendiri daripada terlalu mudah untuk menuding jari kepada orang lain.

Ia adalah ubat paling pahit ciptaan mereka sendiri yang harus mereka telan.

1 ulasan:

  1. Salam,

    Saya tidak memihak kepada mana mana parti baik BN atau PR. Setakat meminta pandangan sahaja. Apa komen saudara berkenaan dengan rayuan YB Zambry yang diluluskan dalam satu hari oleh satu hakim sementara rayuan YB Nizar memerlukan masa lebih dari satu minggu dengan tiga hakim ? Sekadar minta pandangan.

    T. Kasih

    BalasPadam

SILA ULAS APA YANG ANDA BACA

PERDANA MENTERI MALAYSIA

PERDANA MENTERI MALAYSIA
YAB DATO SERI NAJIB TUN ABDUL RAZAK

Timbalan Perdana Menteri

TIMBALAN PERDANA MENTERI MALAYSIA

NEGARAWAN TERULUNG

NEGARAWAN TERULUNG

ShoutMix chat widget

CHATROLL KAMALFARSYA

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

Jumlah Paparan Halaman

BLOG SARAWAK

BLOG PEMBANGKANG

Catatan Popular

SABDA HADIS

Rasullullah S.A.W. bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya apabila seorang manusia itu melaknat sesuatu, maka laknatnya itu akan naik ke langit lalu pintu akan ditutup supaya ia tidak dapat naik. Kemudian laknat itu akan turun ke bumi lalu pintu bumi tertutup dari dimasuki. Laknat itu mencari jalan kiri dan kanan lalu ia tidak menjumpai jalan haluan. Lalu laknat itu kembali kepada orang yang dilaknat, sekiranya orang itu memang layak dilaknat maka laknat itu akan terkena padanya. Sekiranya dia bukan ahli yang layak menerima laknat maka laknat itu akan kembali kepada orang yang melaknat itu semula." Riwayat Abu Daud

Huraian

1. Maksud laknat itu ialah jauh daripada rahmat Alllah S.W.T. kerana kemurkaanNya.

MARI MEMBACA AL QURAN

CELIK AL-QURAN
Kepada kaum Muslimin & Muslimat, yg ingin belajar mengaji atau mendalami tajwid secara percuma, sila klik disini, insyaallah semoga kita semua menjadi umat Islam yg celik AlQuran serta diberkati oleh Allah

AsmaulHusna

Photobucket

JANGAN MEMBERI (LAPORKAN)

JANGAN MEMBERI (LAPORKAN)
JANGAN TERIMA (LAPORKAN)

Bank islam online

ZAKAT

ZAKAT
bayar secara online

KIBAR JALUR GEMILANG

Berkibarlah dikau di bumi bertuah

NEGARA MALAYSIA

YANG JAUH DAN DEKAT SINGGAH

Windows Live Messenger