Pakatan Rakyat (PR) tidak tulen dan ia dapat dibuktikan dengan penggunaan lambang parti yang berbeza setiap kali pilihan raya diadakan.Berbeza dengan Barisan Nasional (BN) yang kekal dengan lambang dacing setiap kali calonnya bertanding dalam pilihan raya.BN dapat buktikan Pakatan Rakyat (PR) tidak bersatu hati kerana mereka mengguna lambang masing-masing untuk calon yang bertanding dan tidak seperti BN.
BN mempunyai 14 parti komponen dan semua parti ini sepakat menggunakan lambang dacing tanpa sebarang perasaan curiga.PR membabitkan PKR, DAP dan Pas tidak akan dapat membentuk sebuah kerajaan yang stabil kerana dari awal lagi mereka tidak bersatu hati.
Penduduk di Penanti tidak seharusnya mudah terpedaya dengan hasutan pembangkang yang hanya tahu mencari kelemahan kerajaan sedangkan mereka gagal membawa perubahan di negeri-negeri yang mereka perintah.Lihat sahaja kemelut yang melanda Pas dan Pkr.Sekiranya mereka mempunyai persefahaman tidak timbul Pas ingin juga meletak calon mereka kerana sudah hilang kepercayaan pada Pkr Pulau Pinang terutama dengan Anwar.
Begitu juga di Negeri lain terutama di Selangor yang tercetus tidak puas hati Pas pada Pkr Selangor dalam banyak perkara.Begitu juga dengan masaalah moral yang membelenggu Pakatan yang telah membuat rakyat merasa bersalah memilih kerajaan yang tidak tinggi moralnya.Pakatan ingin mencontohi BN bagaimana ingin mentadbir dengan baik,tapi kerana masing masing yang berlainan ideologi perkara yang nampak kecil pun tidak dapat diatasi.Sudah setahun lebih Pakatan memerintah tapi tiada apa pun perubahan yang ketara yang boleh kita banggakan.
Jadi pada prk Penanti nanti rakyat tidak harus tersalah memilih kerana yang sengsara adalah jenerasi kemudian.
http://sejarahmelayu.blogspot.com/2009/05/siapa-yang-psikologi-siapa-pkr-ke-umno.html
http://suaramelayubaru.blogspot.com/2009/05/anwar-telah-dikerat-lidah-oleh-geng.html
MARILAH KITA RENUNG RENUNG APA YANG TELAH PAKATAN LAKUKAN SELAMA SETAHUN MENTADBIR.....HABUK PUN TAKADA......LU PIKIR LA SENDIRI.
Ali Biju silap langkah, GPS tetap jadi pilihan
-
Keputusan Ali Biju yang tetap dengan pendiriannya tidak mahu ‘melompat’ ke
Parti Demokratik Progresif (PDP) sebelum ini dan berpegang serta bergantung
k...
2 tahun yang lalu
Oii Kamal
BalasPadamTak payah buat fitnah le...50 tahun UMNO perintah apa yang orang Melayu dapat habuk pun tarak. Yang kaya Melayu UMNO, pemimpin korup dan pengampu macam awak.
Ye lah habuk pun tarak...1 tahun habuk pun tarak...
BalasPadamLebih baik 50 tahun habuk pun tarak.
Moral? Aduhai...Pemimpin UMNO moral bagus bagus, macam macam ada.
Tiada kesatuan dalam PR? Kenapa tidak guna satu logo? Sebab logo BN yang keramat itulah rakyat mula muak. Sebab Pakatan akan menanti beberapa lagi parti komponen BN akan menyertai Pakatan. Jadi eloklah tunggu sabar tak lari gunung dikejar. Cantik sangatkah "dacing" tu? Entahlah.