tengok bola disini


Rakan seperjuangan

SAPA NAK HUBUNGI ANWAR

SAPA NAK HUBUNGI ANWAR

LU ORANG PIKIRKAN LA

LU ORANG PIKIRKAN LA

INI LAH PEROSAK BANGSA

INI LAH PEROSAK BANGSA

SAMA TAK?

SAMA TAK?

PEROSAK BANGSA

PEROSAK BANGSA

Sabtu, 9 Mei 2009

ZAMBRY NIZAR:JANJI SPEAKER DUN PERAK

Datuk R Ganesan akan berusaha memastikan kekecohan yang berlaku pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak di sini, kelmarin tidak berulang pada persidangan akan datang.

Beliau akan bersikap tegas dalam mengendalikan persidangan, tetapi masih mengikut peruntukan Perintah Tetap DUN dan memberi amaran tidak akan bertolak ansur terhadap mana-mana Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) yang meneruskan budaya ganas seperti dilakukan kelmarin.

Katanya, semua pihak yang menyaksikan sidang DUN kelmarin termasuk media mengetahui siapa memulakan budaya 'ganas' dengan 'menyerang' kawasan tempat duduk Adun Barisan Nasional (BN) sehingga banyak pembesar suara rosak.

"Saya tidak akan menjadi diktator, tetapi berusaha sebaik mungkin untuk bersikap adil, tidak memihak dan berharap semua Adun dapat mengawal diri serta menjaga kelakuan mereka selaras dengan prosedur dewan perundangan," katanya kepada pemberita ketika ditemui di sini, semalam.

Mengenai kenyataan Adun pembangkang yang tidak mengiktiraf Sidang DUN kelmarin dan masih menganggap V Sivakumar sebagai Speaker, Ganesan berkata sebenarnya sidang DUN sudah pun bermula apabila Sivakumar mengambil tempatnya dalam DUN.

"Bilakah masanya Speaker mengambil tempat dalam DUN? Sudah tentu ketika sidang DUN. Speaker tidak akan duduk di kerusinya jika tiada Sidang DUN. Malah, tindakan pakatan pembangkang sendiri mengambil tempat dalam DUN juga sebenarnya secara tidak langsung menunjukkan mereka sudah mengiktiraf persidangan semalam (kelmarin).

"Malah, Pemangku Sultan Perak, Raja Dr Nazrin Shah, dalam titahnya menyatakan baginda merasmikan mesyuarat pertama, penggal kedua Sidang DUN Perak ke-12, yang jelas menunjukkan persidangan itu sah serta mengikut peraturan ditetapkan," katanya.

Ganesan berkata, usul pemecatan dan pelantikan Speaker bukan berada dalam budi bicara Sivakumar sebaliknya berasaskan kepada Perintah Tetap DUN serta pihak yang menguasai majoriti dalam dewan berkenaan.

Justeru, katanya, pelantikan beliau sebagai Speaker adalah sah mengikut undang-undang kerana berasaskan Perintah Tetap DUN yang jelas menyatakan apabila Speaker baru dipilih, Speaker lama perlu mengosongkan jawatan dan pejabatnya.

Malah, katanya, Sivakumar seharusnya mengambil sikap terhormat dengan secara sukarela mengosongkan kerusinya apabila Speaker baru sudah dipilih.

Ditanya apakah tindakan selanjutnya jika Sivakumar masih enggan mengosongkan pejabatnya, beliau berkata: "Awak jangan tanya saya. Awak tengok apa yang akan berlaku."

Ditanya bila beliau akan masuk ke pejabat Speaker di Bangunan Perak Darul Ridzuan, Ganesan berkata, ia akan dilakukan dalam tempoh terdekat.

2 ulasan:

  1. antara ganesan dengan ular siapa yang lebih merbahaya, mungkin kena tanya dengan hamidah othman

    BalasPadam
  2. Si Ganesan ni bertanding pilihanraya pun kalah tapi BN/UMNO yang bingai lantik dia jadi Speaker.
    Rakyat tak terima dia, macam mana ADUN BN lantik dia? poraaah bodoh punya UMNO patut la parti Melayu ni nak pupus ada pemimpin dan pengikut yang bahlol tak tahu guna otak.
    Ganesan tu adik beradik dengan Zambri kot. Selamat di talqin lah UMNO....

    BalasPadam

SILA ULAS APA YANG ANDA BACA

SOKONGISA4.png (400×386)

PERDANA MENTERI MALAYSIA

PERDANA MENTERI MALAYSIA
YAB DATO SERI NAJIB TUN ABDUL RAZAK

Timbalan Perdana Menteri

TIMBALAN PERDANA MENTERI MALAYSIA

NEGARAWAN TERULUNG

NEGARAWAN TERULUNG

ShoutMix chat widget

CHATROLL KAMALFARSYA

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

Jumlah Paparan Halaman

BLOG SARAWAK

BLOG PEMBANGKANG

Catatan Popular


SABDA HADIS

Rasullullah S.A.W. bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya apabila seorang manusia itu melaknat sesuatu, maka laknatnya itu akan naik ke langit lalu pintu akan ditutup supaya ia tidak dapat naik. Kemudian laknat itu akan turun ke bumi lalu pintu bumi tertutup dari dimasuki. Laknat itu mencari jalan kiri dan kanan lalu ia tidak menjumpai jalan haluan. Lalu laknat itu kembali kepada orang yang dilaknat, sekiranya orang itu memang layak dilaknat maka laknat itu akan terkena padanya. Sekiranya dia bukan ahli yang layak menerima laknat maka laknat itu akan kembali kepada orang yang melaknat itu semula." Riwayat Abu Daud

Huraian

1. Maksud laknat itu ialah jauh daripada rahmat Alllah S.W.T. kerana kemurkaanNya.
moh ikut, jangan perlekehkan.

MARI MEMBACA AL QURAN

CELIK AL-QURAN
Kepada kaum Muslimin & Muslimat, yg ingin belajar mengaji atau mendalami tajwid secara percuma, sila klik disini, insyaallah semoga kita semua menjadi umat Islam yg celik AlQuran serta diberkati oleh Allah

AsmaulHusna

Photobucket

JANGAN MEMBERI (LAPORKAN)

JANGAN MEMBERI (LAPORKAN)
JANGAN TERIMA (LAPORKAN)

Bank islam online

ZAKAT

ZAKAT
bayar secara online

KIBAR JALUR GEMILANG

Berkibarlah dikau di bumi bertuah

NEGARA MALAYSIA

YANG JAUH DAN DEKAT SINGGAH