tengok bola disini


Rakan seperjuangan

SAPA NAK HUBUNGI ANWAR

SAPA NAK HUBUNGI ANWAR

LU ORANG PIKIRKAN LA

LU ORANG PIKIRKAN LA

INI LAH PEROSAK BANGSA

INI LAH PEROSAK BANGSA

SAMA TAK?

SAMA TAK?

PEROSAK BANGSA

PEROSAK BANGSA

Ahad, 10 Mei 2009

ZAMBRY NIZAR:KENANGAN 7 MEI:SIAPA SEBENARNYA YANG MENCABAR UNDANG UNDANG.

Sejak peristiwa bersejarah di Perak dimana Pembangkang telah menimbulkan keadaan huru hara didalam dewan dengan cuba untuk menggagalkan persidangan dengan bermacam macam provokasi terhadap BN.Bukan sahaja didalam dewan yang tidak dapat dikawal tapi diluar dewan juga keadaan agak panas dan tegang.

SEPERTI diduga langkah polis menahan 69 orang termasuk pemimpin dan penyokong pembangkang kerana melanggar perintah mahkamah dan berkumpul di kawasan larangan berdekatan bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Perak, di Ipoh telah mendapat pelbagai kecaman.

Pelbagai tuduhan dilemparkan kepada polis yang hakikatnya bertindak demi menjaga ketenteraman awam.Ertinya,Pihak polis bukanlah bertindak sewenang-wenangnya, sebaliknya berasaskan kepada peruntukan undang-undang. Justeru yang melanggar undang-undang bukannya polis tetapi mereka yang berdegil berhimpun di situ termasuklah golongan yang bergelar Yang Berhormat (YB).

Adalah sesuatu yang mendukacitakan apabila melihat ada sesetengah pemimpin pembangkang ini bersikap seperti 'samseng jalanan' bertekak dengan pihak polis apabila diminta bersurai, biarpun mereka tahu apa yang mereka lakukan melanggar undang-undang.Tetapi mereka tidak peduli soal itu, apa yang lebih penting bagi mereka, situasi politik di Perak adalah kesempatan terbaik kononnya bagi menonjolkan diri mereka sebagai pejuang hak asasi dan demokrasi.

Sebenarnya, kehadiran mereka di sekitar bangunan SUK tersebut boleh disifatkan sengaja mencabar undang-undang kerana pihak polis sudah mendapat perintah mahkamah. Tujuan polis berbuat demikian adalah untuk memastikan perjalanan persidangan Dewan Undangan Negeri Perak yang menjadi tumpuan tidak dicemari dengan sebarang kejadian demonstrasi, apatah lagi rusuhan.

Kepada pemimpin pembangkang yang tidak berpuas hati dengan tindakan polis, mereka berhak untuk mencabarnya tetapi biarlah melalui cara yang bertamadun iaitu menjadikan mahkamah sebagai gelanggang menyelesaikannya bukannya terpekik terlolong di jalanan.Apa pun, kita memuji ketegasan pihak polis yang berjaya memastikan situasi keselamatan dan keamanan di Perak terutamanya di Ipoh tidak tercemar akibat sikap politiking berlebihan parti pembangkang.

Pihak polis harus terus menunjukkan ketegasan mereka dalam menjaga ketenteraman awam kerana sejak Pilihan Raya Umum Ke-12 lalu, sudah ada tanda-tanda yang jelas bahawa parti pembangkang kini semakin berani mencabar undang-undang serta arahan polis.

Oleh itu hentikanlah usaha memperbodohkan rakyat, percayalah majoriti rakyat negara ini tidak akan bersetuju dengan perangai buruk pembangkang itu.Rakyat sebenarnya sudah meluat dengan tingkah laku pemimpin pembangkang yang hanya pentingkan kepentingan peribadi dan rakan rakan yang lain tanpa memperdulikan masaalah rakyat.Mereka sanggup pergi kePerak semata mata untuk membuat huru hara.Apa salahnya daripada membuang masa mengadakan demonstrasi yang tidak mendatangkan faedah leblh baik pemimpin pembangkang mengembling tenaga dengan kerajaan untuk membantu rakyat meningkatkan lagi taraf ekonomi rakyat.Bagi pembangkang glamor dan pablisiti murahan menjadi idola mereka.

1 ulasan:

  1. Nak faham senang je baca ni sampai habis...

    Saturday, May 9, 2009
    "Goreng" siKeldai Kurap...


    Petikan dari KELDAI KURAP UMNO/BN iaitu Agendadaily 09/05/09.."Apa yang dilaporkan kedengaran di pembesar suara ialah baginda bertitah kepada kedua mereka, “ I don’t want to get involved in this. I just want to give my speech, so respect my speech, when I am giving it. You understand that? If you want to work with me in future, you have to respect my speech. Understand?“So go and tell that …”



    Agendadaliy telah mendakwa mendapat satu laporan mengenai apa yg dititahkan oleh Raja Nazrin kepada YB Nizar..perhatikan petikan diatas sekali lagi..



    "Apa yang dilaporkan"..:- jelas sekali agendadaily tiada saksi yg berani tampil menunjukan dirinya yg mendengar titah Raja Nazrin melalui pembesar suara....jika ada mana-mana Adun atau makhluk asing/pendatang haram/virus-virus selsema babi yg mendengar melalui sila tampil mempertahankan AGENDADALIY....



    Seperkara lagi cuba perhatikan jarak Raja Nazrin dengan microphone ketika membisikan titah baginda kepada YB Nizar..agak-agak boleh dengarkah sekelian manusia didalam dewan tersebut...kalau mahkluk asing mungkin boleh dengar....



    Ada lagi..jika "bisikan" boleh didengari oleh sekelian manusia didalam dewan tersebut maka itu bukanlah dinamakan "bisikan"..mesti ubah kepada "laungan"..



    Umum memang sudah mengenali siapa YB Nizar baik kawan mahupun lawan..personalitinya yg sudah menyakinkan semua bangsa di Malaysia sudah memperjelaskan identiti YB Nizar...percayakah anda bahawa YB Nizar "berbohong" kepada rakyat Malaysia..?



    Utk agendadaily..cuba lagi di masa depan...laporan ada ditertawakan seluruh dunia..cakap-cakap kedai kopi ngan lebai malang dan lebai kadok boleh laaa hang nak goreng depa..



    Posted by usinwafer at

    Kalau Bn tak gila kuasa tak payah rampas kerusi Speaker pakai polis, tak payah halang Orang nak tengok Sidang tersebut, tak payah takut orang nak solat hajat, Tak perlu guna samseng upahan dalam dewan yang mulia dan kalau betul2 hormat kepada rakyat.. bubarkan DUN serahkan balik kuasa memilih kerajaan kepada Rakyat..

    Yang takut sangat Pilihanraya apakehal!! sampai Polis pun langgar Undang2 dan Peraturan dewan bawa masuk senjata api didalam Dewan... Tak ke gila kuasa namanya BN...

    Dan satu lagi adakah Speaker yang BN lantik tu sah ? Bila dia angkat sumpah dihadapan Sultan Perak?
    So memang haramlah lantikkan Speaker tu tanpa angkat sumpah didepan Sultan menampakkan UMNOlah yang gila kuasa selama ini..
    Tak hormat Institusi diRaja..Tergopoh2 nak berkuasa tanpa mengikut saluran yang betul dan bermaruah..

    Tiba2 pihak yang dirampas pula yang dikatakan gila kuasa ha ha memang pelik UMNO ni...
    Pasal tu Peragut susah sangat nak di tangkap pasal yang disalahkan nanti yang kena ragut pasal tak berhati2 sedangkan yang menuduh itu goyang kaki sambil lewa dengan jenayah tersebut..

    Ha ha ha ada sesiapa yang tampil kedepan buktikan tuduhan siasah tu ha ha ha memang telinga gajah tul kalau boleh dengar... kesian2..setakat tudahan UMNO yang berupa Andaian tu tak payah ceritalah ...

    Sekarang zaman teknologi..Pemikiran orang bukannya bukan seperti dulu..Orang melihat hujah dan bukti bukan menelan sogokkan dan tuduhan
    semata2 zaman dah berubah , manusia pun berubah...

    Yang tak berubah pemikiran UMNO yang kelas ketiga tu...


    Seperkara lagi cuba perhatikan jarak Raja Nazrin dengan microphone ketika membisikan titah baginda kepada YB Nizar..agak-agak boleh dengarkah sekelian manusia didalam dewan tersebut...kalau mahkluk asing mungkin boleh dengar....

    Ada lagi..jika "bisikan" boleh didengari oleh sekelian manusia didalam dewan tersebut maka itu bukanlah dinamakan "bisikan"..mesti ubah kepada "laungan"..

    Ha ha ha memang suka fitnah orang dan gila kuasa saja ...itulah UMNO..


    Apa yang dilaporkan"..:- jelas sekali agendadaily tiada saksi yg berani tampil menunjukan dirinya yg mendengar titah Raja Nazrin melalui pembesar suara....jika ada mana-mana Adun atau makhluk asing/pendatang haram/virus-virus selsema babi yg mendengar melalui sila tampil mempertahankan AGENDADALIY....


    Ha apalagi silalah tampilkan diri yang menuduh tu ... orang dah cabar tu..,

    Hati2 jangan salah fitnah nanti Raja Nazrin tengok tak sama denga titahnya kepada Hj Nizar masaklah orang tu...memandai2 buat statement palsu...


    Yang best tu bila Haji Nizar Mengadu kepada Raja Nazrin berkenan Speaker Sivakumar yang diseret tu dan kehadiran ramai anggota Polis Raja Nazrin terus je jegil kat Polis suruh keluar.. ha ha ha Terkincit2 semua polis berebut keluar dewan..
    Kesian2 masih mahu menabur fitnah itulah perangai UMNO dulu,kini dan dah nak mati ni pun..

    Alahai MelayuUMNO layu jadinya..

    BalasPadam

SILA ULAS APA YANG ANDA BACA

SOKONGISA4.png (400×386)

PERDANA MENTERI MALAYSIA

PERDANA MENTERI MALAYSIA
YAB DATO SERI NAJIB TUN ABDUL RAZAK

Timbalan Perdana Menteri

TIMBALAN PERDANA MENTERI MALAYSIA

NEGARAWAN TERULUNG

NEGARAWAN TERULUNG

ShoutMix chat widget

CHATROLL KAMALFARSYA

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

Jumlah Paparan Halaman

BLOG SARAWAK

BLOG PEMBANGKANG

Catatan Popular


SABDA HADIS

Rasullullah S.A.W. bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya apabila seorang manusia itu melaknat sesuatu, maka laknatnya itu akan naik ke langit lalu pintu akan ditutup supaya ia tidak dapat naik. Kemudian laknat itu akan turun ke bumi lalu pintu bumi tertutup dari dimasuki. Laknat itu mencari jalan kiri dan kanan lalu ia tidak menjumpai jalan haluan. Lalu laknat itu kembali kepada orang yang dilaknat, sekiranya orang itu memang layak dilaknat maka laknat itu akan terkena padanya. Sekiranya dia bukan ahli yang layak menerima laknat maka laknat itu akan kembali kepada orang yang melaknat itu semula." Riwayat Abu Daud

Huraian

1. Maksud laknat itu ialah jauh daripada rahmat Alllah S.W.T. kerana kemurkaanNya.
moh ikut, jangan perlekehkan.

MARI MEMBACA AL QURAN

CELIK AL-QURAN
Kepada kaum Muslimin & Muslimat, yg ingin belajar mengaji atau mendalami tajwid secara percuma, sila klik disini, insyaallah semoga kita semua menjadi umat Islam yg celik AlQuran serta diberkati oleh Allah

AsmaulHusna

Photobucket

JANGAN MEMBERI (LAPORKAN)

JANGAN MEMBERI (LAPORKAN)
JANGAN TERIMA (LAPORKAN)

Bank islam online

ZAKAT

ZAKAT
bayar secara online

KIBAR JALUR GEMILANG

Berkibarlah dikau di bumi bertuah

NEGARA MALAYSIA

YANG JAUH DAN DEKAT SINGGAH