Sesuai dengan keputusan Mahkamah Tinggi Rayuan Kuasa-Kuasa Khas Kuala Lumpur yang memutuskan Datuk Seri Nizar Jamaluddin masih Menteri Besar Perak yang sah, Barisan Nasional (BN) sebenarnya bertanggungjawab untuk melaksanakan keputusan tersebut.
Ini kerana dalam penghakiman yang disampaikan oleh Hakim, Datuk Abdul Aziz Abdul Rahim secara jelas menyebut bahawa jawatan Menteri Besar Perak tidak boleh dianggap kosong mengikut peruntukan Artikel 16(6) Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak.
Malah beliau berkata, Nizar bukan sahaja tidak meletakkan jawatannya tetapi tiada undi tidak percaya dibuat terhadapnya pada persidangan Dewan Undangan Negeri.
Menurut beliau, jika Barisan Nasional (BN) telah memperolehi sokongan majoriti ADUN, BN seharusnya memohon perkenan Sultan Perak untuk diadakan sidang khas bagi membolehkan usul undi tidak percaya terhadap Nizar dibuat.
“Memang pemohon (Nizar – berdasarkan perkembangan yang berlaku di Perak) telah hilang majoriti tetapi tiada undi tidak percaya dibuat terhadap Nizar di DUN. Mana-mana Menteri Besar yang telah dilantik, beliau hanya bertanggungjawab kepada DUN dan hanya boleh diturunkan sekiranya undi tidak percaya terhadapnya dalam sidang DUN,” kata Hakim itu lagi.
Berdasarkan keputusan ini, Agendadaily sempat menemui Ketua Pemuda PAS, Salahuddin Ayub bertanyakan bagaimana jika BN yang kini pegang majoriti dengan 31 ADUN memohon kepada Sultan Perak agar diadakan sidang khas bagi mengemukakan undi tidak percaya.
Beliau berkata, biarlah proses itu berlaku dan sebarang keputusan daripadanya sudah tentu akan diterima baik oleh semua pihak.
Berdasarkan kemungkinan tersebut, ada pemerhati politik yang merasakan BN kini sebenarnya mempunyai kelebihan untuk melaksanakan keputusan mahkamah tersebut.
Ini kerana, dengan keputusan mahkamah itu, BN yang kini menguasai majoriti dalam DUN Perak boleh memohon kepada Sultan Perak untuk memanggil sidang khas dewan negeri itu bagi membolehkan usul undi tidak percaya dikemukakan.
Sidang khas ini boleh diadakan kerana berdasarkan kepada kenyataan Nizar sendiri selepas keputusan mahkamah itu dimana beliau berkata, semua keputusan yang dibuat oleh Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan Exconya akan dikaji semula kecuali keputusan mengadakan sidang DUN 7 Mei lalu yang boleh diterima.
Jika begitu bunyinya adakah ini juga bermakna beliau turut mengiktiraf perlantikan Datuk R. Ganesan sebagai Speaker yang mengendalikan sidang DUN yang dirasmikan oleh Pemangku Sultan Perak, Raja Dr Nazrin Shah Khamis lalu.
Malah hasrat Nizar untuk membubarkan DUN Perak menimbulkan persoalan.Adakah beliau mempunyai sokongan DUN untuk berbuat demikian kerana 31 daripada 59 ADUN Perak berpihak kepada BN.Disebelah pakatan pembangkang 28.
Ada yang berpendapat, jika Nizar masih mahu terus mencadangkan pembubaran DUN, beliau perlu mendapat keputusan DUN terlebih dahulu kerana buat masa ini beliau menjadi Menteri Besar yang hanya mendapat sokongan 28 ADUN berbanding 31 ADUN yang menyokong BN.
Semua ADUN BN itu tentunya tidak bersetuju dengan pembubaran DUN.
Disamping itu satu persoalan paling besar sekali apakah Sultan Perak akan bersetuju DUN dibubarkan.Kuasa penentu itu kini terletak ditangan baginda.
Yang pasti sebelum ini - yakni semasa peralihan kuasa dari kerajaan Nizar kepada Dr Zambry awal Februari lalu baginda telahpun menolak permohonan Menteri Besar itu untuk membubarkan DUN.
Keputusan mahkamah hanya menyentuh batang tubuh Nizar dan jawatannya sahaja dan tidak melibatkan kuasa Sultan dalam soal pembubaran DUN.
Ada juga yang bertanya bagaimana dengan kedudukan para Exco kerajaan negeri BN yang dilantik semasa Dr Zambry jadi Menteri Besar.
Apakah jawatan mereka juga terlucut dengan sendirinya ekoran keputusan mahkamah itu dan Exco lama yang dilantik oleh Nizar boleh terus kembali bertugas?
Ini kerana keputusan mahkamah secara spesifik tidak menyentuh kedudukan mereka.
Dalam pada itu,seperti kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak BN akan mengemukakan rayuan terhadap keputusan mahkamah itu.
Beliau berpandangan BN mempunyai kes yang kukuh dalam soal ini.
Sebenarnya berbagai persoalan lagi masih terus jadi bahan spekulasi dan belum beres sekalipun Nizar kini sah dapat duduk balik kerusi Menteri Besar
dah le tu...hang x solat subuh lagi ni kot..hati x tenteram je ni
BalasPadamwell... they (BN) should have DONE it (vote of no-confidence) in the FIRST place...
BalasPadamtapi apa boleh buat... diorang suka rampas secara haram dulu baru nak pikir pasal undang2...
Menang jadi arang, kalah jadi abu. Tiada siapa yang akan menang kecuali salah seorang mengalah atau DUN bubar. Yang jadi mangsa rakyat negeri perak
BalasPadamPikir-pikir kan lah. Jangan tamak haloba......
Kalau dah gila kuasa...memang tetap gila kuasa juga. Kalau UBN ambil alih pun untuk 3 tahun aje sehingga PRU13. Lepas tu UBN bungkuslah. Rakyat Perak dah meloya tengok kerenah UBN.
BalasPadamMat! mana ada persoalan lain. Bubarkan sahaja DUN Perak biar rakyat yang buat pilihan. Takkan BN takut nak bertanding?
BalasPadamKedudukan sekarang 28-28, Tiga ADUN dah letak jawatan, dan 7 ADUN BN/UMNO dah kena gantung, jadi kan elok bubarkan sahaja tak payah nak menghina rakyat. Jangan jadi bingai!!!
Terang lagi bersuluh, keganasan dan kegilaan memegang kuasa oleh Umno melebihi tahap yang boleh diterima rakyat jelata, sehingga sanggup mengenepikan ruang undang-undang dan garis batasan agama yang termaktub. Umno, satu perkataan yang jijik pada diri aku. Berubahlah kerana allah. Cukuplah mencalarkan maruah melayu dan memesongkan aqidah rakyat hanya kerana kepentingan diri dan puak-puak kamu aja.
BalasPadamWoii mana ada YAB DS Nizar berkata begitu, jangan nak kelentong, kami pun baca juga apa yang disebut oleh beliau selepas masyuarat Eksco PR lewat semalam. Tak pun macam tu bunyinya. Mana ada beliau terima Sidang haram 7 mei tu, jauh sekali nak terima Ganesan speaker haram tu!!!!!!!!! yang lain perkara yang di buat oleh Zambry akan dikaji semula. Tak kan tak faham bahasa mudah...minta beristighfar la oii kawan.
BalasPadamkamal, kenapa kamu asyik nak halang hasrat orang perak untuk memilih kerajaan saja? secara tidak sengaja kamu hanya meruntuhkan barisan nasional yg kita cintai ni!
BalasPadam