tengok bola disini

Rakan seperjuangan

SAPA NAK HUBUNGI ANWAR

SAPA NAK HUBUNGI ANWAR

LU ORANG PIKIRKAN LA

LU ORANG PIKIRKAN LA

INI LAH PEROSAK BANGSA

INI LAH PEROSAK BANGSA

SAMA TAK?

SAMA TAK?

PEROSAK BANGSA

PEROSAK BANGSA

Selasa, 12 Mei 2009

ZAMBRY NIZAR:ZAMBRY KELUAR NIZAR MASUK,NIZAR KELUAR ZAMBRY MASUK

IPOH: Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir bertegas akan menjalankan tugasnya sebagai Menteri Besar Perak seperti biasa mulai hari ini manakala Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin yang kembali ke jawatan itu selepas 96 hari 'berehat' mengosongkan pejabatnya petang ini.

Nizar dan barisan Exconya seramai tujuh keluar dari bangunan SUK pukul 2.30 petang sebagai tanda menghormati keputusan Mahkamah Rayuan tengah hari tadi.

"Kami telah mengambil keputusan untuk keluar pukul 2.30 petang tadi dan kami hormati keputusan Mahkamah Rayuan walaupun belum lagi melihat kandungan keputusan lagi.

"Kami tidak mahu nanti ada pihak keluarkan notis minta kami kosongkan pejabat dan tinggalkan bangunan SUK," kata beliau pada sidang media pukul 3.30 petang tadi di Wisma DAP di sini.

Wisma DAP terletak kira-kira 30 meter dari bangunan SUK yang menempatkan DUN Perak, pejabat Menteri Besar dan Exco.

Nizar diisytiharkan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sebagai Menteri Besar yang sah.

Selaku Menteri Besar beliau telah mempengerusikan mesyuarat Exco malam tadi yang memutuskan untuk menggantung tugas Penasihat Undang-undang dan Setiausaha Kerajaan Negeri.

Malah pagi tadi beliau mengemukakan permohonan untuk menghadap Pemangku Raja Raja Nazrin Sultan Azlan Shah selain menghadiri majlis istiadat kurnia pangkat selaku Menteri Besar.

Pakatan Rakyat telah memutuskan untuk mengadakan mesyuarat Exconya pagi esok. Tetapi ia telah dibatalkan petang ini.

Kata Nizar, perkembangan semasa telah menimbulkan banyak persoalan daripada jawapan ataupun penyelesaian.

Justeru katanya, platform mahkamah bukan penentu penyelesaian krisis politik semasam

"Mahkamah bukan remedi, kita kena kembali kepada rakyatm itu sebab kami pohon DUN dibubarkan," katanya.

Pakatan berpegang bahawa sidang bawah DUN 3 Mac adalah sah termasuk usul meminta dibubarkan dewan.

Pukul 1.20 tengah hari tadi Mahkamah Rayuan mengumumkan keputusan yang membolehkan Zambry kekal sebagai Menteri Besar sehingga Mahkamah Rayuan menyelesaikan kes rayuannya terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang mengisytiharkan Mohammad Nizar sebagai Menteri Besar Perak yang sah.

Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Ramly Ali membenarkan permohonan Zambry bagi penangguhan pelaksanaan keputusan Mahkamah Tinggi itu.

Ramly juga berkata, mahkamah akan menetapkan tarikh awal untuk mendengar rayuan Zambry.

Kata Ramly, beliau berpuas hati bahawa terdapat keadaan khas untuk membenarkan penangguhan pelaksanaan keputusan itu kerana rayuan Zambry akan dianggap sebagai tidak berguna jika penangguhan itu tidak dibenarkan.

Dalam pada itu, Zambry ketika ditemui di sini pukul 2 petang tadi berkata, "saya berharap ia (keputusan Mahkamah Rayuan) akan dihormati sebagaimana saya hormati keputusan mahkamah semalam."

Kata Zambry, pihaknya akan kembali untuk menjalankan tugas di bangunan SUK seperti sebelum ini.

"Bila-bila boleh, saya tak seperti mereka (Pakatan). Saya akan maklumkan anda," katanya.

Difahamkan beliau akan berbuat demikian pagi esok.

Sehingga petang ini bangunan SUK masih dikawal oleh anggota FRU.

Tambah beliau, dengan keputusan Mahkamah Rayuan hari ini segala keputusan dan ketetapan yang dibuat oleh mesyuarat Exco Nizar adalah tidak sah.

Sementara itu, ketika ditemui di perkarangan Mahkamah Rayuan di Putrajaya, Zambry yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri berkata, beliau akan tetap meneruskan tugas sebagai Menteri Besar dan akan kembali ke pejabatnya bila-bila masa.

Semalam Mahkamah Tinggi mengisytiharkan Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin dari Pakatan Rakyat sebagai Menteri Besar sah.

Pagi tadi, Zambry memfailkan rayuan berhubung keputusan mahkamah semalam.

Barisan Nasional (BN) mengambil alih tampuk kerajaan negeri 6 Februari lalu berada di bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak. Zambry dilantik sebagai Menteri Besar Perak yang ke-11 pada 5 Februari lalu

http://abangtuah.blogspot.com/2009/05/chronology-of-masuk-keluar-pejabat-mb.html

http://parpukari.blogspot.com/2009/05/nizar-jadi-mb-bn-sehari.html

http://suaramelayubaru.blogspot.com/2009/05/nizar-tergolek-buat-sekian-kalinya.html

http://ipohmalay.blogspot.com/2009/05/berbaloikah-memilih-pakatan-rakyat.html

http://taipingmali.blogspot.com/2009/05/nizar-vs-zamry.html

http://paneh.blogspot.com/2009/05/blog-post.html

http://nobisha.blogspot.com/2009/05/siapa-ahli-politik-siapa-negarawan-di.html

http://yeopperak.blogspot.com/2009/05/nizar-sudah-terjerat.html

3 ulasan:

  1. Salam Kamal..
    apa khabar? sudah lama kita tidak berbual.
    susah betul mau faham percaturan politik di perak ni.Macam2 ragam yang memeningkan rakyat. Rakyat yang jadi mangsa dengan sistem pemerintahan kerajaan negeri yang tidak tentu. Cubalah bawa bertolak ansur.Jangan terlalu tamak dengan kuasa. Kalau esok2 mati, orang juga yang akan mengusung ke kubur.Bukannya pangkat atau jawatan pun hatta kerusi yang diperebutkan itu..
    Betul2 memalukan bangsa melayu dan negara kita.

    BalasPadam
  2. Kalau Zambry "ada telur" dan "anak jantan", apa kata beliau dan Nizar berpakat mengadap Sultan Perak untuk membubarkan DUN. Biar rakyat Perak yang tentukan siapa yang layak memerintah kerana rakyat Perak sedang menderita akan krisis ciptaan ini. Biar rakyat yang tentukan.. negara kita kan negara demokrasi?... Mengenai kos piilihanraya yang tinggi, rasanya kos rakyat menderita dari krisis ini adalah lagi tinggi... pelabur pun takut masuk ke Perak akibat ketidaktentuan ini.. yang dah ada di Perak pun boleh keluar ke Selangor dan Pulau Pinang yang diperintah PR. Oleh itu, sudah seharusnya BN setuju kuasa dikembalikan kepada rakyat Perak kerana kalau tidak, BN dilihat sebagai GILA KUASA kerana terus mahu bergayut memerintah Perak tanpa pilihan rakyat dan tanpa mahu kembalikan kepada rakyat untuk memutuskan siapa yang layak membentuk kerajaan....

    BalasPadam
  3. Salam kamal..

    Takut tak dapat projek ke??

    BalasPadam

SILA ULAS APA YANG ANDA BACA

PERDANA MENTERI MALAYSIA

PERDANA MENTERI MALAYSIA
YAB DATO SERI NAJIB TUN ABDUL RAZAK

Timbalan Perdana Menteri

TIMBALAN PERDANA MENTERI MALAYSIA

NEGARAWAN TERULUNG

NEGARAWAN TERULUNG

ShoutMix chat widget

CHATROLL KAMALFARSYA

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

Jumlah Paparan Halaman

BLOG SARAWAK

BLOG PEMBANGKANG

Catatan Popular

SABDA HADIS

Rasullullah S.A.W. bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya apabila seorang manusia itu melaknat sesuatu, maka laknatnya itu akan naik ke langit lalu pintu akan ditutup supaya ia tidak dapat naik. Kemudian laknat itu akan turun ke bumi lalu pintu bumi tertutup dari dimasuki. Laknat itu mencari jalan kiri dan kanan lalu ia tidak menjumpai jalan haluan. Lalu laknat itu kembali kepada orang yang dilaknat, sekiranya orang itu memang layak dilaknat maka laknat itu akan terkena padanya. Sekiranya dia bukan ahli yang layak menerima laknat maka laknat itu akan kembali kepada orang yang melaknat itu semula." Riwayat Abu Daud

Huraian

1. Maksud laknat itu ialah jauh daripada rahmat Alllah S.W.T. kerana kemurkaanNya.

MARI MEMBACA AL QURAN

CELIK AL-QURAN
Kepada kaum Muslimin & Muslimat, yg ingin belajar mengaji atau mendalami tajwid secara percuma, sila klik disini, insyaallah semoga kita semua menjadi umat Islam yg celik AlQuran serta diberkati oleh Allah

AsmaulHusna

Photobucket

JANGAN MEMBERI (LAPORKAN)

JANGAN MEMBERI (LAPORKAN)
JANGAN TERIMA (LAPORKAN)

Bank islam online

ZAKAT

ZAKAT
bayar secara online

KIBAR JALUR GEMILANG

Berkibarlah dikau di bumi bertuah

NEGARA MALAYSIA

YANG JAUH DAN DEKAT SINGGAH

Windows Live Messenger