tengok bola disini


Rakan seperjuangan

SAPA NAK HUBUNGI ANWAR

SAPA NAK HUBUNGI ANWAR

LU ORANG PIKIRKAN LA

LU ORANG PIKIRKAN LA

INI LAH PEROSAK BANGSA

INI LAH PEROSAK BANGSA

SAMA TAK?

SAMA TAK?

PEROSAK BANGSA

PEROSAK BANGSA

Selasa, 12 Mei 2009

ZAMBRY NIZAR:ZAMBRY TERIMA DENGAN HATI TERBUKA:REDHA DENGAN KETENTUAN ALLAH

Datuk Seri Zambry Abdul Kadir berkata beliau menerima dengan hati terbuka keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini yang mengisytiharkan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai menteri besar yang sah.

"Saya menerima keputusan mahkamah dengan hati dan fikiran terbuka. Saya serta rakan-rakan akan mengambil tindakan seterusnya menurut lunas undang-undang," katanya dalam kenyataan ringkas dikeluarkan melalui Setiausaha Akhbarnya Mohd Nizam Isa.

zambry abdul kadirZambry juga meminta semua penyokong Barisan Nasional (BN) dan rakyat negeri Perak supaya bertenang dengan perkembangan berkenaan, lapor Bernama.

"Kita akan kemaskan barang-barang dan mengosongkan pejabat secepat mungkin," kata Mohd Nizam.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini mengisytiharkan Mohammad Nizar sebagai menteri besar yang sah kerana tiada kekosongan jawatan berlaku dan tiada usul undi tidak percaya terhadap beliau dibuat dalam persidangan Dewan Undangan Negeri.

Zambry, 47, anggota Dewan Undangan Negeri Pangkor, telah mengangkat sumpah sebagai menteri besar ke-11 di hadapan Sultan Perak Sultan Azlan Shah pada 6 Februari lalu.

Ia berlaku apabila Barisan Nasional yang sebelum itu mempunyai 28 kerusi DUN mendapat sokongan dua bekas wakil rakyat PKR dan seorang bekas wakil rakyat DAP yang mengisytiharkan diri mereka anggota bebas.

Sementara itu, suasana di pejabat Menteri Besar Perak di bangunan Perak Darul Ridzuan di Ipoh tenang dengan anggota media berkumpul di situ untuk mendapatkan reaksi Zambry.

ADUN Pengkalan Baru Datuk Hamdi Abu Bakar bagaimanapun memberitahu pemberita bahawa Zambry pada waktu itu dalam perjalanan ke Kuala Lumpur bagi menghadiri majlis sambutan ulang tahun Umno ke-63 malam ini.

Pegawai Khas Dr Zambry, Khairul Azwan Harun meminta semua media beredar dari pejabat berkenaan pada kira-kira jam 5.15 petang tadi kerana waktu pejabat telah berakhir.

1 ulasan:

  1. Ketika Dato' Seri Anwar Ibrahim mencanang hebat pasal projek 16 September yang mana diwar-warkan bahawa ahli-ahli parlimen BN nak lompat kepada Pakatan Rakyat bukan main hebat Anwar dan pimpinan Pakatan Rakyat yang lain diganyang hebat oleh UMNO dan balaci-balaci mereka.Kononnya perbuatan melompat parti itu satu perbuatan yang tidak bermaruah,tidak ada harga diri dan dilabel sebagai pelacur politik. Sekarang apa yang berlaku di Perak UMNO dan BN terpaksa jilat balik apa yang mereka telah ludah. Saya secara peribadi memnag tidak bersetuju perbuatan melompat parti sama ada di pihak BN atau PR. Tetapi saya cukup menyampah dengan sikap hipokrit BN. Kalau perbuatan lompat parti itu merugikan mereka mengecamnya tetapi kalau menguntungkan lain pula bunyinya. Saya rasa BN perlu "berehat sementara" daripada menjadi pemerintah agar mereka dapat memperbaiki semula dasar perjuangan mereka.

    BalasPadam

SILA ULAS APA YANG ANDA BACA

SOKONGISA4.png (400×386)

PERDANA MENTERI MALAYSIA

PERDANA MENTERI MALAYSIA
YAB DATO SERI NAJIB TUN ABDUL RAZAK

Timbalan Perdana Menteri

TIMBALAN PERDANA MENTERI MALAYSIA

NEGARAWAN TERULUNG

NEGARAWAN TERULUNG

ShoutMix chat widget

CHATROLL KAMALFARSYA

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

Jumlah Paparan Halaman

BLOG SARAWAK

BLOG PEMBANGKANG

Catatan Popular


SABDA HADIS

Rasullullah S.A.W. bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya apabila seorang manusia itu melaknat sesuatu, maka laknatnya itu akan naik ke langit lalu pintu akan ditutup supaya ia tidak dapat naik. Kemudian laknat itu akan turun ke bumi lalu pintu bumi tertutup dari dimasuki. Laknat itu mencari jalan kiri dan kanan lalu ia tidak menjumpai jalan haluan. Lalu laknat itu kembali kepada orang yang dilaknat, sekiranya orang itu memang layak dilaknat maka laknat itu akan terkena padanya. Sekiranya dia bukan ahli yang layak menerima laknat maka laknat itu akan kembali kepada orang yang melaknat itu semula." Riwayat Abu Daud

Huraian

1. Maksud laknat itu ialah jauh daripada rahmat Alllah S.W.T. kerana kemurkaanNya.
moh ikut, jangan perlekehkan.

MARI MEMBACA AL QURAN

CELIK AL-QURAN
Kepada kaum Muslimin & Muslimat, yg ingin belajar mengaji atau mendalami tajwid secara percuma, sila klik disini, insyaallah semoga kita semua menjadi umat Islam yg celik AlQuran serta diberkati oleh Allah

AsmaulHusna

Photobucket

JANGAN MEMBERI (LAPORKAN)

JANGAN MEMBERI (LAPORKAN)
JANGAN TERIMA (LAPORKAN)

Bank islam online

ZAKAT

ZAKAT
bayar secara online

KIBAR JALUR GEMILANG

Berkibarlah dikau di bumi bertuah

NEGARA MALAYSIA

YANG JAUH DAN DEKAT SINGGAH