tengok bola disini


Rakan seperjuangan

SAPA NAK HUBUNGI ANWAR

SAPA NAK HUBUNGI ANWAR

LU ORANG PIKIRKAN LA

LU ORANG PIKIRKAN LA

INI LAH PEROSAK BANGSA

INI LAH PEROSAK BANGSA

SAMA TAK?

SAMA TAK?

PEROSAK BANGSA

PEROSAK BANGSA

Selasa, 5 Mei 2009

UMNO PAS PENANTI:PEMUDA PAS PULAU PINANG BERANI INGKARI ARAHAN PAS PUSAT

Pemuda Pas Pulau Pinang percaya Pas pusat tidak tahu kedudukan sebenar yang pkr telah ditolak oleh rakyat Penanti.Yusni menegaskan pihaknya bukan secara suka-suka membuat usul berkenaan, sebaliknya dilakukan selepas membuat kajian mendalam termasuk hasil maklum balas daripada pengundi atas pagar di Penanti.

"Tinjauan kami mendapati sokongan mereka terhadap PR berkurangan kerana tindakan bekas wakil rakyatnya, Mohammad Fairus Khairuddin yang meletak jawatan tanpa sebarang sebab kukuh yang turut membawa kemarahan,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Minggu lalu, Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mengumumkan Mansor yang pernah menjadi Setiausaha Politiknya ketika beliau menjadi Timbalan Perdana Menteri sebagai calon PKR kerusi DUN Penanti.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 23 Mei ini sebagai hari penamaan calon dan 31 Mei sebagai hari pengundian, jika ada pertandingan. Mansor, jika menang dijangka dilantik sebagai Timbalan Ketua Menteri I.

Keputusan mencalonkan Mansor itu menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan ahli Pas negeri yang bertegas mahu supaya ahli parti itu diberikan peluang bertanding di kubu kuat PKR itu.

Malah, Pas Permatang Pauh bertindak mengambil keputusan membekukan jentera pilihan raya parti itu, berkuat kuasa serta-merta, dipercayai ada kaitan dengan pemilihan Mansor sebagai calon.

Ditanya mengenai amaran pemimpin Pas bahawa tindakan akan dikenakan jika ada di kalangan ahli parti itu meletakkan calon, Yusni berkata, tindakan berkenaan bakal memberi kesan buruk kepada PR.

"Yang menyokong usul ini adalah suara hampir keseluruhan ahli Pas negeri ini, sekiranya dikenakan tindakan...siapa mahu berkempen untuk PR," katanya.

Beliau juga menyuarakan rasa bimbang kerana terpaksa berkempen semata-mata untuk menutup kesalahan dilakukan oleh orang lain yang bukannya menjadi prinsip perjuangan Pas selama ini.

"Saya nak tanya kepada Pas Pusat, adakah berkempen jenis itu bagus untuk memberi pandangan baik? Itulah yang terpaksa dilakukan jika calon sekarang bertanding," katanya.

Sementara itu, Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata beliau tidak mahu anggota parti itu membuat kacau dan membelakangi perjanjian dengan sekutunya dalam pakatan Pas-DAP-PKR dengan menuntut Pas meletakkan calon pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti.

Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, Pas perlu berpegang pada janji yang dibuat dengan PKR berhubung pengagihan kerusi pilihan raya yang dibuat sebelum ini.

"Kalau kawasan PKR, hak dialah. Kita kena balik kepada perjanjian. Kita orang Islam pentingkan janji, jangan buat kacau, janji mesti sempurna,” katanya ketika ditemui di kediamannya di Pulau Melaka, semalam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SILA ULAS APA YANG ANDA BACA

SOKONGISA4.png (400×386)

PERDANA MENTERI MALAYSIA

PERDANA MENTERI MALAYSIA
YAB DATO SERI NAJIB TUN ABDUL RAZAK

Timbalan Perdana Menteri

TIMBALAN PERDANA MENTERI MALAYSIA

NEGARAWAN TERULUNG

NEGARAWAN TERULUNG

ShoutMix chat widget

CHATROLL KAMALFARSYA

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

Jumlah Paparan Halaman

BLOG SARAWAK

BLOG PEMBANGKANG

Catatan Popular


SABDA HADIS

Rasullullah S.A.W. bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya apabila seorang manusia itu melaknat sesuatu, maka laknatnya itu akan naik ke langit lalu pintu akan ditutup supaya ia tidak dapat naik. Kemudian laknat itu akan turun ke bumi lalu pintu bumi tertutup dari dimasuki. Laknat itu mencari jalan kiri dan kanan lalu ia tidak menjumpai jalan haluan. Lalu laknat itu kembali kepada orang yang dilaknat, sekiranya orang itu memang layak dilaknat maka laknat itu akan terkena padanya. Sekiranya dia bukan ahli yang layak menerima laknat maka laknat itu akan kembali kepada orang yang melaknat itu semula." Riwayat Abu Daud

Huraian

1. Maksud laknat itu ialah jauh daripada rahmat Alllah S.W.T. kerana kemurkaanNya.
moh ikut, jangan perlekehkan.

MARI MEMBACA AL QURAN

CELIK AL-QURAN
Kepada kaum Muslimin & Muslimat, yg ingin belajar mengaji atau mendalami tajwid secara percuma, sila klik disini, insyaallah semoga kita semua menjadi umat Islam yg celik AlQuran serta diberkati oleh Allah

AsmaulHusna

Photobucket

JANGAN MEMBERI (LAPORKAN)

JANGAN MEMBERI (LAPORKAN)
JANGAN TERIMA (LAPORKAN)

Bank islam online

ZAKAT

ZAKAT
bayar secara online

KIBAR JALUR GEMILANG

Berkibarlah dikau di bumi bertuah

NEGARA MALAYSIA

YANG JAUH DAN DEKAT SINGGAH