IPOH: Kereta Toyota Cambry yang menjadi perhatian ketika kerajaan negeri Perak pimpinan Pakatan Rakyat 'tidak mendapat sambutan' sebagaimana dijangkakan.
Sekretariat Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri hanya menerima tujuh borang tender untuk membeli 16 kereta Toyota Cambry itu, berusia dua bulan, yang kini dilelong.
Tawaran untuk membeli kenderaan itu pada harga pasaran RM148,000 setiap satu dibuka 28 April lalu dan ditutup tengah hari ini.
Menurut Ketua Penolong Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Shamshuzaman Sulaiman sebanyak 40 borang telah dikeluarkan sejak minggu lalu.
"Mereka yang membida boleh beli kereta berkenaan secara berasingan atau kesemuanya sekali,
Kata beliau, tawaran tender itu akan diteliti oleh jawatankuasa khas yang terdiri daripada tiga orang.
Keputusannya dijangka diketahui Rabu depan.
Katanya, kereta-kereta itu didaftarkan Januari lalu dan berada dalam keadaan baik dengan hanya telah melalui antara 2,000 hingga 20,000 kilometer perjalanan.
Beliau tidak menyatakan butiran pihak yang membidanya dan harga yang ditawarkan. Kata beliau, jika tiada pembeli sesuai dalam usaha kali pertama itu, pihaknya akan membuka lelongan semula.
RAKYAT TAK MAHU GUNA KERETA YANG MEMBAZIR.RAKYAT FAHAM DALAM KEADAAN KEGAWATAN EKONOMI SEKARANG KITA PERLU BERJIMAT CERMAT...TAPI SI NIZAR NI LAIN PULAK....BAGI NIZAR "BIAR PAPA ASAL BERGAYA".KERANA NAK MENUNJUK NUNJUK RAKYAT YANG MENANGUNG SENGSARA....NIZAR TAKAN TAK FAHAM DUIT UNTUK BELI KERETA TU ADALAH DUIT RAKYAT...TAPI KERANA MENGENANGKAN BUKAN DUIT SENDIRI NIZAR BELI JUGA DENGAN ALASAN JIMAT LAH ,KOS MURAH LA,...INI SEMUA HELAH NIZAR .
KITA RENUNG RENUNG KAN LA.......LU PIKIR LA SENDIRI NIZAR.....
Dulu Pakatan Rakyat tuduh BN gunakan pengundi hantu untuk menang dalam pilihan raya. Sekarang ini mereka tuduh BN gunakan bomoh pula untuk bersidang dalam dewan. Memang Pakatan Rakyat mahir membuat cerita. Kalau hendak sedap lagi cerita, mereka mungkin akan minta wartawan asing tolong tambah cerita.
BalasPadam