Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir malam ini membuat laporan polis terhadap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Titi Serong, Khalil Idham Lim berikutan satu tuduhan yang disifatkan beliau sebagai amat menjijikkan dan tidak bertanggungjawab.
Dalam sidang akhbar yang diadakan di kediamannya di sini, Zambry berkata, beliau tidak akan bertoleransi dengan tuduhan-tuduhan liar yang dibuat oleh Khalil melalui laman blognya.
‘‘Ini suatu tindakan untuk menanamkan kebencian rakyat menjelang sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) 7 Mei ini. Tuduhan ini sangat merbahaya kerana ia dikeluarkan oleh seorang bergelar Yang Berhormat.
‘‘Saya telah membuat satu laporan polis dan akan mengambil tindakan susulan berdasarkan undang-undang yang ada,’’ katanya di sini malam ini.
Dalam laman blognya itu, ADUN Titi Serong antara lain mempersoalkan tindakan Zambry dan Barisan Nasional (BN) membenarkan dewan persidangan dimasuki ‘bomoh’ untuk ‘menjampi’ kerusi Speaker.
Menurut Khalil, beliau sanggup menghadapi risiko atas tuduhannya itu kerana yakin maklumat yang diterima tentang perkara tersebut cukup jelas dan dipercayai daripada seorang pegawai kerajaan.
Mengulas lanjut, Zambry berkata, beliau pelik bagaimana seorang wakil rakyat yang menganggap dirinya ustaz tergamak melakukan tuduhan begitu.
‘‘Bayangkan, beliau boleh mengeluarkan kenyataan dan tuduhan sebegitu rupa. Saya melihat perkembangan terbaru ini sebagai tindakan terdesak pihak pembangkang untuk mengapi-apikan perasaan rakyat,’’ ujar beliau.
Zambry berkata, beliau tidak akan membiarkan pemimpin parti pembangkang di negeri ini terus ‘menyalakan api’ kebencian rakyat termasuk tindakan mengheret Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria dalam tuduhan itu.
Katanya, beliau berbincang dengan peguamnya bagi membolehkan tindakan susulan yang dimaksudkannya diambil dalam tempoh terdekat ini.
Sementara itu, jurucakap Balai Polis Kampung Rapat ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan polis oleh Zambry pada pukul 8.45 malam.
TERBUKTI PEMBANGKANG SUDAH KEHABISAN CARA UNTUK MENUMBANGKAN UMNO DAN RAKYAT TAHU MENILAI MANA YANG BENAR DAN MANA YANG DIREKA REKA CERITA BODOH.BAGAIMANA PEMBANGKANG TELAH MENGHERET MUFTI DENGAN BERBAGAI CACI MAKI YANG TAK SEPATUTNYA DILAKUKAN OLEH KITA SESAMA UMAT ISLAM.TAPI KERANA INGIN MENGEJAR KUASA PERKARA TERLARANG OLEH ALLAH SWT SUDAH DIANGGAP HALAL BAGI MEREKA.
AKAN ADA LAGI TOHMAHAN TOHMAHAN MENJELANG 7 MEI NANTI DAN UMNO YAKIN YANG UMNO DIPIHAK YANG MENJULANG KEBENARAN DAN PEMBANGKANG MENEGAKAN KEMUNGKARAN....KITA RENUNG RNUNG KAN LA......LU ORANG PIKIR LA SENDIRI
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
SILA ULAS APA YANG ANDA BACA