Tanpa membuang masa Nizar dengan Rasa bongkak dan sombong Nizar telah mengarahkan Zambry keluar dari pejabat MB dengan serta merta dengan disusuli dengan mengantung tugas Penasihat Undang-Undang Negeri Perak, Datuk Ahmad Kamal Md. Shahid dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Abdul Rahman Hashim.Ini merupakan tindakan Nizar untuk membalas dendam pada kedua dua pegawai kerajaan itu.
Nizar juga memohon restu Sultan Perak, Sultan Azlan Shah secepat mungkin bagi membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN).Nizar menyatakan , pembubaran DUN itu bertujuan bagi menyerahkan semula kepada rakyat hak mereka untuk menentukan kerajaan yang betul dan sah.Nizar tahu bahawa sekiranya beliau tidak mendapat perkenan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) berkemungkinan hayatnya sebagai MB akan tergugat kerana Nizar faham dengan tidak mempunyai sokongan majoriti daripada DUN kemungkinan dirinya akan disingkirkan melalui undi tidak percaya akan membawa kekalahan padanya.Kerana kekurangan majoritilah Nizar bermati matian mahu Dun dibubarkan dengan segera.Nizar harus faham bahawa hanya Sultan Perak mempunyai kuasa mutlak untuk membubarkan DUN dan itupun sekiranya Nizar mendapat sokongan majoriti daripada DUN.
Dalam perlembagaan negeri, dua kuasa yang dimiliki sultan ialah melantik Menteri Besar dan membubarkan DUN. Kalau seseorang menteri besar mengadap sultan meminta DUN dibubarkan tetapi sultan tidak berpuas hati kerana tidak mendapat sokongan majoriti, DUN tidak akan dibubarkan dan Nizar diharap tidak memutar belit kan kenyataan dengan mendakwa Umno takut menghadapi rakyat.Inilah pemimpin yang kalau lidahnya bercabang,beliau faham dan tahu tapi untuk meyakinkan rakyat Nizar akan cuba untuk menggunakan walau apa cara bagi memperbodohkan rakyat negeri Perak.
Berbeza dengan Zambry,Sebagai seorang yang menghormati undang undang Zambry menerima keputusan mahkamah dengan hati dan fikiran yang terbuka.Zambry juga memohon pada seluruh rakyat dan penyokong Umno agar bersabar dengan mematuhi perentah mahkamah,Ini berbeza dengan Nizar yang telah menghasut rakyat untuk melakukan demonstrasi dan berbaring ditengah jalan semata mata hanya untuk menunjukan penentangan dalam menentang Sultan Perak yang telah memperkenankan perlantikan Zambry sebagai MB Perak.
Pada saya UMNO sentiasa konsisten bahawa semua pihak harus akur dengan sebarang keputusan mahkamah termasuk membabitkan pengesahan status Menteri Besar Perak.Bagi Umno tidak ada sesiapa yang boleh meletakkan dirinya mengatasi undang-undang negara kerana dalam keadaan mahkamah sudah turunkan keputusan, semua pihak perlu akur kepada apa yang telah diputuskan mahkamah.
Bagi Umno semua pihak terutama di Perak tidak harus melakukan sesuatu yang boleh menjejaskan ketenteraman dan keamanan rakyat,kerana bagi Umno kepentingan rakyat melebihi segala galanya.Ini membuktikan Umno mematuhi segala undang undang tanpa perlu untuk mengadakan bantahan atau pun membuat demonstrasi sebagaimana pembangkang lakukan selama ini.
Tapi bila Zambry berjaya mendapatkan penangguhan sementara dari mahkamah rayuan bagi menghalang perintah Mahkamah Tinggi yang mengisytiharkan Nizar sebagai Menteri Besar Perak yang sah ramai dikalangan Pemimpin Pas telah mempersoalkan keputusan mahkamah dengan bermacam macam alasan yang tidak masuk akal.Pemimpin Pas telah membuat tuduhan kononnya ada tangan-tangan ghaib yang mencampuri urusan Mahkamah Rayuan dalam membuat keputusan terhadap kemelut politik di Perak.Dakwaan seperti ini hanya mencerminkan sikap hipokrit pihak pembangkang selama ini., pembangkang tidak memberikan sebarang ulasan sedemikian apabila keputusan Mahkamah Tinggi sebelum itu memihak kepada Mohammad Nizar.Namun apabila Mahkamah Rayuan membenarkan permohonan Zambry ada kedengaran suara-suara sumbang mendakwa keputusan itu memihak kepada BN serta terdapat konspirasi di sebaliknya.
Sepatutnya Nizar harus menghormati keputusan penangguhan sementara yang dibuat oleh Mahkamah Rayuan sepertimana beliau menghormati keputusan Mahkamah Tinggi.Semua pihak termasuk Nizar harus memberi kerjasama yang baik demi memastikan agenda mengutamakan rakyat seperti yang dihasratkan Perdana Menteri, DSN akan tercapai.
Selagi Sultan tidakmembubarkan Dun ,Nizar akan terus menipu rakyat dengan menuduh Umno takut untuk menghadapi rakyat dalam pilihanraya.Pembangkang dan Nizar juga telah menyalahkan Sultan Perak berikutan krisis politik di negeri itu serta menuduh baginda menjadi punca kepada kemelut politik di Perak yang kini sudah berlarutan lebih tiga bulan.Sultan Azlan menggunakan prosedur yang sama melantik Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar, selepas pakatan pembangkang memenangi majoriti kerusi pada pilihan raya umum 2008.
Jadi jangan salahkan Tuanku. Baginda (Sultan Perak) menggunakan kaedah dan prinsip yang sama ketika melantik Zambry sebagai Menteri Besar yang baru dan tindakan Tuanku (Sultan Perak) itu tidak boleh dianggap melanggar Perlembagaan.Ketika pakatan pembangkang menang majoriti kerusi DUN Perak selepas pilihan raya umum lalu, ia pun bukanlah gabungan parti yang berdaftar.Atas kedudukan itu, sekiranya Sultan Perak hendak melantik semula Datuk Seri Mohd. Tajol Rosli Ghazali sebagai Menteri Besar, beliau boleh berbuat demikian kerana BN adalah parti tunggal berdaftar yang mendapat majoriti kerusi di DUN Perak pada masa itu.
Tetapi atas semangat demokrasi berasaskan ketetapan yang dibuat oleh wakil rakyat daripada tiga parti pembangkang di negeri itu (Perak), Tuanku sebaliknya mendapatkan surat perakuan mereka dan melantik Mohammad Nizar sebagai Menteri Besar.Perlantikan Zambry juga melalui proses yang selaras dengan Undang-undang Tubuh Negeri Perak serta sistem demokrasi di negara ini.Yang menjadi masalah,Nizar tidak terima dan menyusahkan proses ini berjalan, seperti yang mereka lakukan di DUN Perak sekarang. Siapa suruh gantung Menteri Besar dan Exco BN daripada menghadiri Dewan Undangan Negeri Perak.
Akhirnya Nizar harus menerima kenyataan yang kerajaan beliau tidak berdaya untuk melawan Kerajaan yang sah dipilih Sultan .Sudah sudah la kerana ini akan menghancurkan kestabilan negeri perak sendiri.Harap Nizar tak kencingkan rakyat Perak lagi
"Sultan Azlan menggunakan prosedur yang sama melantik Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar, selepas pakatan pembangkang memenangi majoriti kerusi pada pilihan raya umum 2008."
BalasPadamkomen saya: masa sultan azlan lantik nizar, dun telah dibubarkan sebab ada pilihanraya umum. Ketika itu memang tak ada MB di Perak. Sultan lantik zamri pula masa nizar masih menjawat MB. Ada ka patut? komen sikit kalau pandai sangat.
Assalamualaikum,
BalasPadamZambry mb haram. Ganesan speaker haram. Exco UMNO/BN Perak semuanya haram. Kerajaan zambry haram.
Siapa punca kesialan di Perak? Sultan? Bukan Sultan; tetapi seorang ulama yang beramanah menasihati Sultan. Itulah besarnya peranan seorang ulama. Sultan akan berasa senang hati dan selamat daripada dosa apabila setiap keputusan baginda mendapat restu ulama penasihat berkenaan.
Demikian sifat ulama suu' (ulama jahat atau ulama dunia yang lebih mengutamakan pangkat, kedudukan dan harta, walaupun dia tahu di sisi Allah SWT, dunia ini tidak pun bernilai sebesar sayap nyamuk). Itulah sifat dan ciri ulama UMNO.
Mustahil dalam UMNO ada ulama benar atau ulama rabbani. Seorang ulama rabbani ialah ulama warith para Nabi. Tak mungkin Nabi akan mengaku dan mengiktiraf ulama UMNO sebagai warith Baginda.
Seorang ulama rabbani atau ulama malaki tetap sentiasa bersama-sama jamaah yang setiap detik berjuang membela Islam dan sentiasa istiqamah mematuhi segala perintah Allah berlandaskan al-Quran dan Sunnah Rasulullah.
Saya amat hairan bagaimana SS Mufti Perak, DS Harussani Zakaria boleh menerima dan mengiktiraf Islam Hadhari ciptaan bekas PM Abdullah Ahmad Badawi? Nampaknya, Harussani rela menerima perlembagaan UMNO yang berdasarkan sekularisme itu tetapi menolak perlembagaan PAS yang berlandaskan al-Quran dan al-Sunnah Rasulullah.
Saya dengan ikhlasnya menyeru DS Harussani pulang ke pangkuan Allah SWT. Allahuakbar.
Wassalam. Pohon maaf daripada saya.