Kerajaan BN selama mentadbir negara mahupun negeri tidak pernah hilang pertimbangan untuk menghancurkan nama negara keseluruh pelusuk dunia.Rupa rupanya inilah tektik pembangkang yang sudah kehabisan cara untuk mendapatkan keyakinan rakyat yang muak dengan kerenah pembangkang yang tidak sudah sudah menimbulkan ketidakpuasan akibat kehilangan majoriti di Dun Perak.
Sebagaimana yang kita tahu,sebelum kejadian lompat ketiga tiga Adun bebas untuk menyokong BN dan Umno ,apakah Nizar pernah untuk cuba membubarkan Dun,dan kesombongan Nizar makin terserlah bila Adun Bota telah melangkau ke Pakatan dan disinilah Nizar menyatakan Ianya satu tindakan yang bijak dari Adun Bota.Tak habis disini sahaja Nizar dengan sombong dan Bongkak telah mengistiharkan akan ada lagi Adun BN akan menyertai mereka.Inilah sikap Nizar bila kemenangan memihak pada dirinya.
Tapi dengan kuasa ALLAH SWT bila kesombongan mengatasi segala galanya dengan kuasa Allah Nizar telah diberi peringatan dan ujian bila kerajaan Nizar tidak lagi berfungsi dengan baik kerana Nizar sendiri tidak lagi mendapat kepercayaan sebilangan ahli Dun .
Jadi dengan berlangsungnya persidangan Dun yang lalu ,disinilah peluang Nizar untuk cuba memburukan sistem demokrasi di Malaysi dengan membuat huru hara didalam Dun agar dunia melihatnya.Sikap kurang ajar mereka membuktikan bahawa golongan ini sanggup melakukan apa sahaja untuk memastikan matlamat mereka terlaksana.
Apa pun 'drama' yang akan dikenang sepanjang zaman ini memberi kesan mendalam kepada mereka yang hadir sebagai pemerhati termasuk wartawan.Tidak pernah terfikir, Malaysia akan mencatat sejarah sebagai sebuah negara yang tidak tahu menghormati prinsip-prinsip sistem demokrasi.Sedangkan selama ini, kita dikenali sebagai masyarakat yang paling bersopan santun dan berhemah tinggi dalam menghadapi apa juga keadaan.
Inilah sikap sebenar pembangkang yang melaung-laungkan demokrasi tetapi mereka sendiri tidak tahu menghormatinya.Akibat degil dan lagak samseng pembangkang, sidang DUN Perak berlangsung dalam suasana cukup memalukan selama kira-kira lima jam.Dalam hal ini, pembangkang sengaja menggunakan kuasa Speaker untuk menafikan hak majoriti kerajaan BN yang mempunyai kelebihan tiga kerusi apabila mendapat sokongan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bebas.Bukan sahaja kedudukan Menteri Besar Zambry Abd. Kadir tidak dihormati, mereka juga membelakangkan peranan institusi raja..
Mereka berani 'menyerang' habis-habisan ADUN BN kerana percaya setiap tindakan yang dilakukan itu akan mendapat sokongan rakyat dan disamping mahu memperlihatkan keseluruh pelusuk dunia.Pendekatan baling batu sembunyi tangan' terus menjadi pegangan pembangkang untuk menambah keyakinan merekalah golongan teraniaya selama ini.Justeru, mereka bebas melakukan apa sahaja. Tidak perlu mengikut peraturan, tidak perlu hormat kepada Menteri Besar mahupun Sultan atau Raja Nazrin sendiri.Mereka juga sibuk merakam kekecohan yang mereka sendiri lakukan untuk dijadikan bukti kepada dunia tentang kekejaman kerajaan Malaysia yang baru dipimpin oleh DSN.Inilah tujuan pembangkang dimana ianya juga satu pertolongan Nizar pada DSAI untuk membantu nya dalam memalukan DSN dimata dunia.Inilah rancangan mereka yang sanggup mengadai maruah agama bangsa dan negara.
Biarpun kekecohan terus tercetus, namun sidang DUN telah menyaksikan seorang Speaker baru akhirnya dilantik bagi mengantikan Speaker lama yang terlalu berkuasa sehingga segalanya tiada siapa yang berkuasa melainkan beliau seorang dan akhirnya empat usul diluluskan pada hari itu.Empat usul tersebut ialah pemecatan V. Sivakumar sebagai Speaker, pelantikan Datuk R. Ganesan sebagai Speaker baru, melantik ahli baru jawatankuasa negeri dan mengisytiharkan sidang DUN Perak di bawah pokok yang dipengerusikan oleh Sivakumar pada 3 Mac lepas sebagai tidak sah.
Walaupun pembangkang mempertikaikan pelantikan Ganesan dan usul yang diluluskan itu, peguam terkenal, Datuk Mohd. Hafarizam Harun berkata, semua tindakan tersebut dibuat mengikut peraturan-peraturan ditetapkan.Penyingkiran Sivakumar sebagai Speaker kata beliau, adalah sah kerana satu notis telah dikeluarkan lebih 14 hari sebelum sidang bermula dan ia perlu dibahaskan serta diputuskan pada hari persidangan.
Berkenaan dengan tindakan Timbalan Speaker, Hee Yit Foong pula katanya, Perkara 36A (1)(b) menyebut, tanpa kehadiran Speaker, Timbalan Speaker boleh mempengerusikan sidang sehingga pelantikan Speaker baru.Maka, tindakan ADUN Jelapang itu mengambil alih tugas serta peranan Sivakumar adalah mengikut peraturan-peraturan yang sah dan dibenarkan.
Kata Mohd. Hafarizam, Perkara 72 Perlembagaan Persekutuan memberi imuniti usul yang diluluskan itu tidak boleh dicabar di mahkamah.
Maka, biarlah si Nizar terjun dengan labu-labunya serta sekutu sekutunya.
http://paneh.blogspot.com/2009/05/mana-satu-nak-pilih-ni.html
http://rajahmas.blogspot.com/2009/05/darul-ridzuan-ku-yang-terkoyak.html
http://empayar-malaya.blogspot.com/2009/05/kisah-undi-pas-masuk-syurga-sah-pas.html
http://abangtuah.blogspot.com/2009/05/cucu-tok-uban-berpendapat.html
Tetapkan hati
BalasPadamtetapkan pendirian
tetapkan tekad
PRU13
Hapuskan UMeNO
Hapuskan BeeEnd
Wa dah fikir fikir sendiri
BalasPadamapa yang lu cakap suma x masuk
akal gua
Lu tulisla apa lu suka sebab u
memang tukun benak UMNO/BN
tapi aku dulupun ahli UMNO tahap gaban
tapi bila aku buka hati kepala hotak aku
tersedar aku UMNO adalah pengkhianat Melayu
sendiri