tengok bola disini


Rakan seperjuangan

SAPA NAK HUBUNGI ANWAR

SAPA NAK HUBUNGI ANWAR

LU ORANG PIKIRKAN LA

LU ORANG PIKIRKAN LA

INI LAH PEROSAK BANGSA

INI LAH PEROSAK BANGSA

SAMA TAK?

SAMA TAK?

PEROSAK BANGSA

PEROSAK BANGSA

Ahad, 10 Mei 2009

ZAMBRY NIZAR:KENANGAN 7 MEI:PERANCAGAN PEMBANGKANG UNTUK MALUKAN NEGARA

Insiden memalukan di Perak sememang dirancang dari awal untuk menarik perhatian dunia bagi memburukkan imej kerajaan, sebagai satu lagi sabotaj terhadap negara. Tidak hairanlah kekecohan tersebut sama ada di dalam dewan mahupun tindakan polis menjaga ketenteraman awam di luar, mendapat liputan meluas banyak media antarabangsa.

Ia juga bagi memperhebatkan momentum persepsi negatif ke atas imej kerajaan menjelang kes perbicaraan liwat pemimpin PKR, Anwar Ibrahim yang juga ketua pembangkang pada Julai ini. Muslihat sebegini bukan baru. Anwar makin bimbang lebih-lebih lagi banyak perkembangan terkini tidak memihak kepada PKR dan beliau sendiri.

Sebab itu, tidak terkejut dengan apa yang berlaku di DUN Perak kerana ia adalah strategi pembangkang untuk sentiasa mewujudkan aktiviti panas dan gelora dari semasa ke semasa agar dapat memainkan sentimen rakyat demi meraih sokongan.Pembangkang akan terus memainkan rentak agar rakyat sentiasa berpolitik tanpa mempedulikan tumpuan yang sepatutnya diberikan untuk bekerja, menjaga keharmonian dan menangani cabaran ekonomi hidup.

Dengan kehadiran wartwan baik dalam negara dan luar negara,amat memudahkan lagi hasrat Nizar untuk memalukan Negara dimata dunia.Inilah hasrat dan tujuan Nizar dan sekutunya agar dunia memerhati tingkah laku ahli politik Malaysia.Mungkin perkara pertelingkahan dalam persidangan Dun Perak tempohari telah diatur sekian rupa oleh Nizar bagi membayangkan beginilah keadaan politik negara dimata kaca dunia.

Kerajaan BN selama mentadbir negara mahupun negeri tidak pernah hilang pertimbangan untuk menghancurkan nama negara keseluruh pelusuk dunia.Rupa rupanya inilah tektik pembangkang yang sudah kehabisan cara untuk mendapatkan keyakinan rakyat yang muak dengan kerenah pembangkang yang tidak sudah sudah menimbulkan ketidakpuasan akibat kehilangan majoriti di Dun Perak.

Sebagaimana yang kita tahu,sebelum kejadian lompat ketiga tiga Adun bebas untuk menyokong BN dan Umno ,apakah Nizar pernah untuk cuba membubarkan Dun,dan kesombongan Nizar makin terserlah bila Adun Bota telah melangkau ke Pakatan dan disinilah Nizar menyatakan Ianya satu tindakan yang bijak dari Adun Bota.Tak habis disini sahaja Nizar dengan sombong dan Bongkak telah mengistiharkan akan ada lagi Adun BN akan menyertai mereka.Inilah sikap Nizar bila kemenangan memihak pada dirinya.

Tapi dengan kuasa ALLAH SWT bila kesombongan mengatasi segala galanya dengan kuasa Allah Nizar telah diberi peringatan dan ujian bila kerajaan Nizar tidak lagi berfungsi dengan baik kerana Nizar sendiri tidak lagi mendapat kepercayaan sebilangan ahli Dun .

Jadi dengan berlangsungnya persidangan Dun yang lalu ,disinilah peluang Nizar untuk cuba memburukan sistem demokrasi di Malaysi dengan membuat huru hara didalam Dun agar dunia melihatnya.Sikap kurang ajar mereka membuktikan bahawa golongan ini sanggup melakukan apa sahaja untuk memastikan matlamat mereka terlaksana.

Apa pun 'drama' yang akan dikenang sepanjang zaman ini memberi kesan mendalam kepada mereka yang hadir sebagai pemerhati termasuk wartawan.Tidak pernah terfikir, Malaysia akan mencatat sejarah sebagai sebuah negara yang tidak tahu menghormati prinsip-prinsip sistem demokrasi.Sedangkan selama ini, kita dikenali sebagai masyarakat yang paling bersopan santun dan berhemah tinggi dalam menghadapi apa juga keadaan.

Inilah sikap sebenar pembangkang yang melaung-laungkan demokrasi tetapi mereka sendiri tidak tahu menghormatinya.Akibat degil dan lagak samseng pembangkang, sidang DUN Perak berlangsung dalam suasana cukup memalukan selama kira-kira lima jam.Dalam hal ini, pembangkang sengaja menggunakan kuasa Speaker untuk menafikan hak majoriti kerajaan BN yang mempunyai kelebihan tiga kerusi apabila mendapat sokongan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bebas.Bukan sahaja kedudukan Menteri Besar Zambry Abd. Kadir tidak dihormati, mereka juga membelakangkan peranan institusi raja..

Mereka berani 'menyerang' habis-habisan ADUN BN kerana percaya setiap tindakan yang dilakukan itu akan mendapat sokongan rakyat dan disamping mahu memperlihatkan keseluruh pelusuk dunia.Pendekatan baling batu sembunyi tangan' terus menjadi pegangan pembangkang untuk menambah keyakinan merekalah golongan teraniaya selama ini.Justeru, mereka bebas melakukan apa sahaja. Tidak perlu mengikut peraturan, tidak perlu hormat kepada Menteri Besar mahupun Sultan atau Raja Nazrin sendiri.

Mereka juga sibuk merakam kekecohan yang mereka sendiri lakukan untuk dijadikan bukti kepada dunia tentang kekejaman kerajaan Malaysia yang baru dipimpin oleh DSN.Inilah tujuan pembangkang dimana ianya juga satu pertolongan Nizar pada DSAI untuk membantu nya dalam memalukan DSN dimata dunia.Inilah rancangan mereka yang sanggup mengadai maruah agama bangsa dan negara.

Apa pun, isu dan insiden terbaru di DUN Perak menuntut renungan semua pihak tentang siapa sebenarnya pembangkang. Pembangkang telah melepaskan kesempatan terbaik untuk memenangi hati rakyat dengan memperlihatkan imej yang amat buruk. Sepatutnya barisan ADUN pembangkang bertindak bijak dengan menerima hakikat mereka tidak lagi berkuasa dan menjunjung institusi raja, nescaya mereka akan mendapat simpati majoriti rakyat. Itu nampaknya tidak berlaku. Yang jelas tindak-tanduk mereka yang menggunakan nama Pakatan Rakyat tidak mencerminkan perasaan dan aspirasi rakyat. Yang lebih meresahkan ialah gerakan politik pembangkang yang ternyata menggugat institusi raja sama ada tersirat mahupun tersurat. Pada mereka, menghina raja sudah dianggap hak demokrasi. Dan inilah harapan mereka hanya untuk memalukan negara dimata dunia semoga mereka mendapat simpati dari dunia.

http://paneh.blogspot.com/2009/05/mana-satu-nak-pilih-ni.html

1 ulasan:

  1. Sudah la saudara.. jgn nak memutar belit dan membodohkan rakyat lagi. Rakyat bukannya bodoh dan buta. Rakyat tahu siapa yg benar dan tidak. Siapa yg 'kontrol' polis dan anjing anjing yg kerja dlm bgn Perak. Mana ada ketelusan. Semuanya berpihak kpd BN. Rakyat nampak la... Jadi kamu jgn tipu rakyat !!!

    BalasPadam

SILA ULAS APA YANG ANDA BACA

SOKONGISA4.png (400×386)

PERDANA MENTERI MALAYSIA

PERDANA MENTERI MALAYSIA
YAB DATO SERI NAJIB TUN ABDUL RAZAK

Timbalan Perdana Menteri

TIMBALAN PERDANA MENTERI MALAYSIA

NEGARAWAN TERULUNG

NEGARAWAN TERULUNG

ShoutMix chat widget

CHATROLL KAMALFARSYA

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

Jumlah Paparan Halaman

BLOG SARAWAK

BLOG PEMBANGKANG

Catatan Popular


SABDA HADIS

Rasullullah S.A.W. bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya apabila seorang manusia itu melaknat sesuatu, maka laknatnya itu akan naik ke langit lalu pintu akan ditutup supaya ia tidak dapat naik. Kemudian laknat itu akan turun ke bumi lalu pintu bumi tertutup dari dimasuki. Laknat itu mencari jalan kiri dan kanan lalu ia tidak menjumpai jalan haluan. Lalu laknat itu kembali kepada orang yang dilaknat, sekiranya orang itu memang layak dilaknat maka laknat itu akan terkena padanya. Sekiranya dia bukan ahli yang layak menerima laknat maka laknat itu akan kembali kepada orang yang melaknat itu semula." Riwayat Abu Daud

Huraian

1. Maksud laknat itu ialah jauh daripada rahmat Alllah S.W.T. kerana kemurkaanNya.
moh ikut, jangan perlekehkan.

MARI MEMBACA AL QURAN

CELIK AL-QURAN
Kepada kaum Muslimin & Muslimat, yg ingin belajar mengaji atau mendalami tajwid secara percuma, sila klik disini, insyaallah semoga kita semua menjadi umat Islam yg celik AlQuran serta diberkati oleh Allah

AsmaulHusna

Photobucket

JANGAN MEMBERI (LAPORKAN)

JANGAN MEMBERI (LAPORKAN)
JANGAN TERIMA (LAPORKAN)

Bank islam online

ZAKAT

ZAKAT
bayar secara online

KIBAR JALUR GEMILANG

Berkibarlah dikau di bumi bertuah

NEGARA MALAYSIA

YANG JAUH DAN DEKAT SINGGAH